Pemeriksaan mental ke atas bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai baru-baru ini dilanjutkan sebulan lagi.
Majistret Nur 'Aminahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu berikutan permohonan pihak Hospital Tanjung Rambutan, Perak yang memerlukan lebih masa menyiapkan laporan mental tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33.
Nur' Aminatul Mardiah menetapkan 3 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu namun katanya, jika laporan kesihatan mental telah lengkap, mahkamah akan memanggil pihak pendakwaan dan pembelaan lebih awal.
Mengikut Seksyen 342(4) Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah boleh melanjutkan tempoh tahanan tertuduh maksimum tiga bulan sekiranya pihak hospital psikiatri mendapati tertuduh memerlukan pemerhatian lanjut.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin dan juga peguam Muhammad Nor Izzat Nordin yang mewakili tertuduh tidak mengemukakan bantahan terhadap permohonan itu.
Dalam prosiding hari ini hanya adik lelaki tertuduh hadir. Tertuduh tidak dibawa ke mahkamah kerana masih berada di Hospital Tanjung Rambutan.
Persana Avril dituduh menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas.
Gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral dalam laman sosial.
Dia didakwa atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bernama
Thu Jul 02 2015
Majistret Nur 'Aminahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu berikutan permohonan pihak Hospital Tanjung Rambutan, Perak yang memerlukan lebih masa menyiapkan laporan mental tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kes wanita tanggal baju di Jalan Petaling disebut 13 Okt
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan kes wanita yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai Jalan Petaling, April lalu.
Pemeriksaan mental wanita tanggal baju di Jalan Petaling dilanjutkan
Pemeriksaan mental ke atas bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai baru-baru ini dilanjutkan sebulan lagi.