KUALA LUMPUR: Usaha memperkasakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) perlu diperluaskan ke peringkat persekolahan yang lebih awal termasuk di tadika, bukan hanya sekadar di universiti atau kolej memandangkan bidang tersebut telah diberikan peruntukan besar dalam Bajet 2022.
Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jamalul Lail Abdul Wahab berkata keperluan ini wajar diteliti kerana Malaysia sedang bergerak ke arah sebuah negara industri yang mahu berdaya saing.
Katanya negara luar seperti Switzerland telah memulakan pendidikan TVET ini di peringkat sekolah tadika, dengan cara mendedahkan teknologi kepada pelajar atau murid melalui penggunaan telefon bimbit.
"Biarpun ramai yang mungkin menganggap peringkat tadika terlalu awal didedahkan dengan TVET namun untuk jangka masa panjang, ia penting untuk negara membina modal insan yang kreatif dan celik teknologi maklumat (ICT), bersesuaian dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)," katanya kepada Bernama.
Ketika membentangkan Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera di Dewan Rakyat Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan telah mengenal pasti TVET sebagai antara pemacu perubahan bagi memenuhi permintaan pekerja oleh industri.
Oleh itu untuk memperkasakannya, kerajaan menyediakan RM6.6 bilion untuk melaksana pelbagai inisiatif di bawah kementerian dan agensi berkaitan dengan tumpuan diberikan kepada usaha memenuhi keperluan industri semasa.
Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata peruntukan yang besar itu menandakan keseriusan kerajaan dalam mempopularkan TVET namun berharap usaha pemerkasaannya diselaraskan melalui beberapa kementerian.
"Penyelarasan ini termasuklah membabitkan kurikulum, pensijilan, pengiktirafan program dan penyediaan pekerjaan supaya pelajar boleh diserap di dalam industri sejurus sahaja tamat mengikuti program," katanya.
Sementara itu, Alimuddin percaya Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar yang pertama kali diberikan kepada guru akan membawa sedikit kelegaan kerana umum mengetahui, bahan-bahan dan peralatan pengajaran tidak dijual murah di pasaran.
"Sejak dilanda pandemik COVID-19, kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) telah banyak membawa perubahan kepada sistem pendidikan negara. Ramai pelajar yang dahulunya tidak begitu rancak dengan ICT, mereka kini lebih celik.
"Oleh itu, dengan perkembangan positif ini, keadaan dan kaedah pengajarannya diyakini akan berterusan sepertimana negara Barat telah menggunakannya sejak sekian lama," katanya sebagai merujuk kepada pembayaran RM100 secara sekali bayar kepada lebih 400,000 guru di bawah Kementerian Pendidikan yang telah melaksanakan PdPR.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021
Jamalul Lail berkata, negara luar seperti Switzerland telah memulakan pendidikan TVET di peringkat sekolah tadika. - Gambar hiasan/BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
Genap dua tahun, TPM Ahmad Zahid ikrar terus komited laksana tanggungjawab
Ahmad Zahid berikrar akan terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memastikan lebih banyak lagi kejayaan yang boleh dibanggakan negara dicapai.
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TVET kunci keluar dari kemiskinan
Pendidikan secara umumnya adalah satu-satunya penyelesaian yang mampan untuk memecahkan kitaran kemiskinan dan ketidaksamaan.
KPKM teroka peluang baharu melalui program MCYTT
KPKM melalui Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian bercadang meneroka ruang dan peluang baharu termasuk penyertaan dalam Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) pada tahun depan.
GMI terima kelulusan naik taraf kolej universiti
GMI yang ditubuhkan pada 1991 telah menerima kelulusan naik taraf kepada kolej universiti dan akan dikenali sebagai GMI-University College of Applied Sciences (GMI-UcAS).