awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemikiran tua, mundur dan lapuk ancaman terbesar masa depan bangsa Melayu - Khaled

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
05/06/2025
14:12 MYT
Pemikiran tua, mundur dan lapuk ancaman terbesar masa depan bangsa Melayu - Khaled
Mohamed Khaled berkata, Generasi X, Y, Z dan Alpha telah muncul dan mereka tidak mudah terpedaya dengan politik emosi yang dibawa semata-mata untuk mendapatkan kuasa. - Bernama
KUALA LUMPUR : Ancaman terbesar terhadap masa depan bangsa Melayu bukan datang daripada luar, tetapi berpunca daripada pemikiran tua, mundur dan lapuk segelintir pemimpin Melayu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, pemimpin sebegini tidak sedar bahawa Generasi X, Y, Z dan Alpha telah muncul di mana mereka tidak mudah terperdaya dengan politik emosi yang dibawa semata-mata untuk mendapatkan kuasa.
"Kalau kita ingin memajukan orang Melayu, kita perlu berhenti bermain politik yang berasaskan emosi semata-mata. Semua ini menjerumuskan bangsa Melayu ke lembah kelemahan dan kemunduran.
"Kita perlu berpolitik secara rasional dan bersandarkan kepada nilai terbaik. Sentimentalisme tidak akan memenangkan kita dalam persaingan teknologi, tarif, kemajuan ilmu, mahupun perniagaan masa hadapan," katanya menerusi hantaran di X pada Khamis.
Ujar Khaled, orang Melayu mesti mempunyai kebolehsaingan, ilmu dan kemahiran yang unggul.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, hanya dengan cara ini, bangsa Melayu berupaya menjadi bangsa yang besar dan hebat, serta dihormati dan disegani.
"Kepada semua orang Melayu, tiada siapa yang akan mengusik hak dan kepentingan bangsa kita.
"Ia sudah termaktub dan terjamin sekian lama dalam Perlembagaan dan dilindungi oleh Raja-Raja Melayu yang bijaksana," ujar Khaled.
Pada Rabu, satu gerakan dikenali sebagai Jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu ditubuhkan bagi menyatukan bangsa majoriti itu di bawah satu payung besar.
Menurut bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, gerakan bukan bermotifkan politik, sebaliknya sebuah wadah kerana orang Melayu belum ada perjuangan yang khusus.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pertahanan
#Melayu
#Mohamed Khaled Nordin
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan