awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan CEC: DAP mahu penjelasan ROS

Bernama
Bernama
13/08/2013
12:42 MYT
Pemilihan CEC: DAP mahu penjelasan ROS
DAP akan mengadakan pertemuan dengan Pendaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman untuk menuntut dua penjelasan mengapa parti itu perlu mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perkara itu diputuskan sebulat suara mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) DAP semalam, sebagai usaha terakhir bagi menuntut penjelasan itu.
"Tanpa dua penjelasan itu, pimpinan DAP tidak akan mampu menjelaskan kepada perwakilan DAP di kongres parti kenapa pemimpin parti mengalah dan menyerah begitu mudah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Lim dalam pada itu turut mengulangi pendirian bahawa pemilihan CEC parti itu pada Disember tahun lepas, dijalankan secara teratur dan bersih, namun parti itu bersedia mengadakan pemilihan semula, jika ROS memberi penjelasan secara munasabah dan menepati undang-undang.
Beliau berkata sehingga kini, pihak ROS belum menjawab permintaan DAP untuk dua penjelasan itu, mahupun permintaannya untuk bertemu dan berbincang.
Pada 30 Julai lepas, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi melibatkan 547 perwakilan.
Topic Berkaitan
#DAP
#Lim Guan Eng
#Lim Kit Siang
#Pendaftar Pertubuhan
#ros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan