KUANTAN: Dakwaan wujud kem dalam kalangan calon yang menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti bulan depan cuma andaian, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau yang juga antara tujuh calon bagi merebut jawatan Naib Presiden berkata dakwaan wujud kem propresiden, antipresiden dan bebas dalam pencalonan bagi pertandingan kali ini juga cuma 'pandangan dua atau tiga tokoh'.
"Saya sendiri tak tahu (wujud kem berbeza)... saya ingat ini (pertandingan Naib Presiden) terbuka kepada semua dan kita semua menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti jika diberikan peluang dan kepercayaan.
"Saya harap saingan dan pertandingan juga berjalan secara sihat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Anugerah Kecemerlangan sempena Ulang Tahun Kedua Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini semalam.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Sallehuddin Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Johari Harun serta Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin.
Selain Wan Rosdy, turut menawarkan diri bertanding bagi jawatan itu ialah dua penyandang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Turut menawarkan diri ialah Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Seri Hasni Mohamad, Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Sementara itu, mengulas mengenai majlis berkenaan, Wan Rosdy berharap kejayaan MBK memperoleh 30 anugerah di pelbagai peringkat dalam tempoh dua tahun 'bergelar' bandar raya menjadi pendorong kepada MBK, majlis perbandaran dan majlis daerah di Pahang untuk meningkatkan sistem penyampaian awam dengan lebih efektif, kolektif dan berdaya saing.
"Kita tidak boleh mudah berpuas hati atau terus dalam keadaan status quo. Sebaliknya harus menggandakan usaha, mencari idea baharu yang lebih kreatif dan inovatif, berfikiran luar kotak serta mempunyai semangat berpasukan yang tinggi untuk terus berjaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
![Pemilihan UMNO: Dakwaan wujud kem cuma andaian - Wan Rosdy Pemilihan UMNO: Dakwaan wujud kem cuma andaian - Wan Rosdy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677472387_WanRosdy.jpg)
Wan Rosdy berucap pada Malam Anugerah Kecemerlangan sempena Ulang Tahun Kedua Majlis Bandaraya Kuantan di Kuantan malam tadi. - Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail
![Itali dijangka hadapi gelombang haba Itali dijangka hadapi gelombang haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718746809_TBITALYHEATWAVE.jpg)
Itali dijangka hadapi gelombang haba
Di pulau besar Sicily dan Sardinia serta di Wilayah Selatan Puglia, suhu boleh melebihi 40 darjah Celsius di beberapa tempat pada Khamis.
![Perbelanjaan kesihatan Malaysia 2023-2028 diunjur meningkat pada CAGR 8.3 peratus - BMI Perbelanjaan kesihatan Malaysia 2023-2028 diunjur meningkat pada CAGR 8.3 peratus - BMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718726714_TBHOSPITALROOM.jpg)
Perbelanjaan kesihatan Malaysia 2023-2028 diunjur meningkat pada CAGR 8.3 peratus - BMI
Unjuran positif itu disokong oleh peningkatan dua angka dalam belanjawan penjagaan kesihatan kerajaan pada 2023 dan 2024.
![Lelaki maut, motosikal terbabas rempuh papan tanda Lelaki maut, motosikal terbabas rempuh papan tanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718745340_TBMAUTIPOH.jpg)
Lelaki maut, motosikal terbabas rempuh papan tanda
Mangsa warga tempatan berusia 27 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
![Dasar Reka Bentuk Seni Negara sedang direka, perkasa binaan identiti Malaysia Dasar Reka Bentuk Seni Negara sedang direka, perkasa binaan identiti Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718725684_TBrumahmelayu.jpg)
Dasar Reka Bentuk Seni Negara sedang direka, perkasa binaan identiti Malaysia
Ketika ini usaha mempromosikan penggunaan reka bentuk bercirikan identiti Malaysia bagi sesebuah projek sedang giat dilaksanakan.
![Lokasi strategik, kepelbagaian pasaran hartanah Malaysia tarik pembeli asing - Juwai IQI Lokasi strategik, kepelbagaian pasaran hartanah Malaysia tarik pembeli asing - Juwai IQI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718726545_FBREAKCONDOMAHAL.jpg)
Lokasi strategik, kepelbagaian pasaran hartanah Malaysia tarik pembeli asing - Juwai IQI
Bagi suku pertama 2024, penyusutan nilai ringgit telah menarik pelabur hartanah global dengan pembeli dari China merupakan paling aktif.
![Setiap negeri perlu labur untuk Malaysia gapai emas Olimpik - Abdul Karim Setiap negeri perlu labur untuk Malaysia gapai emas Olimpik - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Setiap negeri perlu labur untuk Malaysia gapai emas Olimpik - Abdul Karim
Tanggungjawab untuk pembangunan bakat sukan tidak sepatutnya diserahkan bulat-bulat kepada Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan.
Terlalu banyak kematian, penderitaan tidak wajar di Palestin
Ketua Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, PBB, Volker Turk menganggap terlalu banyak pelanggaran undang-undang antarabangsa di Palestin, yang menyaksikan penduduk di situ terbunuh secara tidak wajar.
Taipei risau kehadiran kapal selam China di Selat Taiwan
Kementerian Pertahanan Taiwan mengakui maklum mengenai isu membabitkan kapal selam nuklear milik China yang dikatakan muncul berhampiran nelayan di negara kepulauan itu di Selat Taiwan.
11 PATI maut, 64 hilang selepas kapal karam di Mediterranean
Sekurang-kurangnya 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) maut, manakala 64 lagi dilaporkan hilang selepas dua kapal karam di luar pantai selatan Itali PADA ISNIN.
Perkembangan itu dimaklumkan sebuah badan amal Jerman, pengawal pantai Itali dan beberapa agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perkembangan itu dimaklumkan sebuah badan amal Jerman, pengawal pantai Itali dan beberapa agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York
Artis popular Amerika Syarikat (AS) Justin Timberlake ditahan atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk pada hari Selasa di New York, lapor CBS News yang memetik polis tempatan.
![China, Malaysia komited eratkan hubungan bilateral - Naib Presiden Han Zheng China, Malaysia komited eratkan hubungan bilateral - Naib Presiden Han Zheng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699609333_TBAnwarIbrahim.jpg)
China, Malaysia komited eratkan hubungan bilateral - Naib Presiden Han Zheng
China bersedia berusaha bersama dengan Malaysia untuk menyuntik "konotasi" dan momentum baharu ke dalam perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.
![Pemilihan UMNO: Dakwaan wujud kem cuma andaian - Wan Rosdy Pemilihan UMNO: Dakwaan wujud kem cuma andaian - Wan Rosdy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677472387_WanRosdy.jpg)
Pemilihan UMNO: Dakwaan wujud kem cuma andaian - Wan Rosdy
Wan Rosdy berkata, dakwaan wujud kem dalam pencalonan bagi pertandingan kali ini juga cuma 'pandangan dua atau tiga tokoh'.
![Ahmad Maslan umum tak tanding jawatan Naib Presiden UMNO Ahmad Maslan umum tak tanding jawatan Naib Presiden UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675208409_AhmadMaslan.jpg)
Ahmad Maslan umum tak tanding jawatan Naib Presiden UMNO
Timbalan Menteri Kewangan I itu memilih bertanding jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ketua UMNO Bahagian Pontian.
![Mahdzir Khalid pertahan jawatan Naib Presiden UMNO Mahdzir Khalid pertahan jawatan Naib Presiden UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668504589_TBmahdzir.jpg)
Mahdzir Khalid pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.
![Khairy menang jawatan Naib Presiden PKBM Khairy menang jawatan Naib Presiden PKBM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676708471_KhairyJamaluddin.jpg)
Khairy menang jawatan Naib Presiden PKBM
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memenangi jawatan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia bagi penggal 2023-2026.
![Jawatan Naib Presiden UMNO: Dua sudah sahkan, ramai lagi masih 'intai-intai' Jawatan Naib Presiden UMNO: Dua sudah sahkan, ramai lagi masih 'intai-intai'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675585594_PAU.jpg)
Jawatan Naib Presiden UMNO: Dua sudah sahkan, ramai lagi masih 'intai-intai'
Naib Presiden UMNO adalah jawatan tertinggi yang dipertandingkan pada pemilihan parti Mac depan susulan dua jawatan utama iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dipertandingkan.
![Khairy dilantik sebagai Naib Presiden WHA ke-75 Khairy dilantik sebagai Naib Presiden WHA ke-75](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635078999_KhairyJamaluddin.jpg)
Khairy dilantik sebagai Naib Presiden WHA ke-75
Pelantikan tersebut dicapai sebulat suara oleh negara anggota WHO Pasifik Barat.
![Adly dilantik Naib Presiden Amanah ganti Husam Adly dilantik Naib Presiden Amanah ganti Husam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/51587794074_PHMelaka.jpg)
Adly dilantik Naib Presiden Amanah ganti Husam
Presiden Amanah, Mohamad Sabu memaklumkan pelantikan Adly yang sebelum ini merupakan Bendahari Agung Amanah dalam satu kenyataan pada Isnin.
![Tiada mesyuarat antara Menteri UMNO dan Presiden, yang tersebar hanya khabar angin Tiada mesyuarat antara Menteri UMNO dan Presiden, yang tersebar hanya khabar angin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623737821_pas.jpg)
Tiada mesyuarat antara Menteri UMNO dan Presiden, yang tersebar hanya khabar angin
Menurut sumber, itu hanyalah khabar angin dan tiada sebarang mesyuarat dijadual berlangsung pada jam 3 petang seperti yang tersebar.
![Malaysia terus jadi hab penting operasi global Intel Malaysia terus jadi hab penting operasi global Intel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613127911_IntelLogo.jpg)
Malaysia terus jadi hab penting operasi global Intel
Malaysia dilihat sebagai hab penting kepada operasi global syarikat teknologi itu untuk menyampaikan produk utama industri berkaitannya di seluruh dunia.