awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy menang jawatan Naib Presiden PKBM

Fareez Azman
Fareez Azman
18/02/2023
08:20 MYT
Khairy menang jawatan Naib Presiden PKBM
Khairy yang juga Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan meraih tempat kelima daripada 10 pesaingnya dengan 33 undi. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memenangi jawatan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi penggal 2023-2026.
Pengumuman itu dibuat dalam Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi PKBM pada Sabtu.
Khairy yang juga Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) meraih tempat kelima daripada 10 pesaingnya dengan 33 undi.
Ia sekali gus memberi laluan untuk Khairy mengisi satu daripada lima kuota Naib Presiden PKBM.
"Nasib baik saya menang pemilihan ini. Kalau tidak maknanya saya kalah semua pertandingan,” katanya secara berseloroh, ketika bertemu media di Melaka, hari ini.
Selain Khairy, turut mengisi kerusi Naib Presiden ialah Datuk Amarjit Singh, Mohd Saiful Abdul Jalil, Dr Zaim Ahmad dan Norazman Abu Samah.
Sementara itu, jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi Mazlan Md Jalil, menewaskan penyandangnya, Yunus Ibrahim.
Bagi jawatan Presiden pula, Datuk Abu Samah Abd Wahab diumumkan menang tanpa bertanding.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#PKBM
#Naib Presiden
#Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan