KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO adalah jawatan tertinggi yang dipertandingkan pada pemilihan parti Mac depan susulan dua jawatan nombor satu dan dua, iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dipertandingkan.
Banyak nama-nama besar dilapor sedang 'mengintai' jawatan nombor tiga parti itu ketika ini.
Setakat ini, salah seorang penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.
Dua lagi penyandang, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid masih lagi berteka-teki.
Selain itu, bekas Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad turut umum untuk bertanding jawatan itu.
Nama-nama lain yang turut dikatakan mengintai peluang untuk menjadi calon Naib Presiden UMNO ialah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Pemilihan parti kali ini bakal berlangsung selepas tindakan pemecatan dan penggantungan beberapa muka yang 'familiar' (biasa dilihat) setiap kali pemilihan berlangsung seperti bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, bekas Setiausaha Agung BN,Tan Sri Annuar Musa, bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Hussein, serta bekas Ahli MKT Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Pemilihan UMNO diadakan bermula 1 Februari lalu hingga 18 Mac depan, dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan berlangsung pada 1 hingga 26 Februari ini.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat pula bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac depan.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.
Rahimah Abdullah
Sun Feb 05 2023
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. - Astro AWANI
Tema klasik PS1, PS2, PS3 dan PS4 kini boleh digunakan di PlayStation 5
Tema Klasik PS1, PS2, PS3 dan PS4 Kini Boleh Digunakan Di PlayStation 5
Serangan jantung mengejut, pelakon Korea Selatan Park Min-jae meninggal dunia
Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Min-jae, 32, meninggal dunia akibat serangan jantung di China, Jumaat lalu.
Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini
Kadar kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah mencapai 93 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Curi nasi lemak di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara sebulan
Dua rakan dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah mencuri beberapa jenis makanan termasuk nasi lemak dan mi goreng di sebuah kedai serbaneka semalam.
AWANI Ringkas: Kerajaan teliti cadangan bina tebing tinggi atasi banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu Kampung Baru: Sebahagian bayaran pampasan tambahan sudah diserah - Dr Zaliha
Bayaran pampasan tambahan bagi pengambilan tanah daripada 11 pemilik unit flat di Kampung Sungai Baru di Kampung Baru telah diserahkan kepada pemohon.
122,062 murid belum kuasai kemahiran asas 3M
Seramai 122,062 murid atau 27.24 peratus dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ia hasil saringan pengesanan awal literasi dan numerasi terhadap 448,113 murid tahun satu seawal tiga bulan selepas mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran sesi akademik (PdP) 2024/2025.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ia hasil saringan pengesanan awal literasi dan numerasi terhadap 448,113 murid tahun satu seawal tiga bulan selepas mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran sesi akademik (PdP) 2024/2025.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan PDRM untuk mengelakkan keangkuhan, kezaliman dan salah guna kuasa.
Perdana Menteri zahir penghargaan kepada 80,000 polis, penjawat awam
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangat dan kecekalan penjawat awam, khasnya pasukan polis dalam membantu mangsa banjir, harus dihargai dan dikagumi.
Mangsa banjir di seluruh negara catat penurunan
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan penurunan.
Setakat 4 petang ini, sejumlah 75,469 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara, PPS.
Setakat 4 petang ini, sejumlah 75,469 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara, PPS.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
Naib Presiden Iran letak jawatan selepas 11 hari pegang jawatan
Naib Presiden Iran Mohammad Javad Zarif meletak jawatan, meninggalkan Kabinet Presiden Masoud Pezeshkian hanya 11 hari selepas pelantikannya.
China, Malaysia komited eratkan hubungan bilateral - Naib Presiden Han Zheng
China bersedia berusaha bersama dengan Malaysia untuk menyuntik "konotasi" dan momentum baharu ke dalam perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.
Pemilihan UMNO: Dakwaan wujud kem cuma andaian - Wan Rosdy
Wan Rosdy berkata, dakwaan wujud kem dalam pencalonan bagi pertandingan kali ini juga cuma 'pandangan dua atau tiga tokoh'.
Ahmad Maslan umum tak tanding jawatan Naib Presiden UMNO
Timbalan Menteri Kewangan I itu memilih bertanding jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ketua UMNO Bahagian Pontian.
Mahdzir Khalid pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.
Khairy menang jawatan Naib Presiden PKBM
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memenangi jawatan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia bagi penggal 2023-2026.
Jawatan Naib Presiden UMNO: Dua sudah sahkan, ramai lagi masih 'intai-intai'
Naib Presiden UMNO adalah jawatan tertinggi yang dipertandingkan pada pemilihan parti Mac depan susulan dua jawatan utama iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dipertandingkan.
Khairy dilantik sebagai Naib Presiden WHA ke-75
Pelantikan tersebut dicapai sebulat suara oleh negara anggota WHO Pasifik Barat.