Lima, termasuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan masing-masing apabila diumum menang tanpa bertanding hari ini.
Tiga lagi iaitu Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin, Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Napsiah Omar dan Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri Umno Azlieza Azizan turut mengekalkan jawatan masing-masing setelah tidak ada yang mencabar kedudukan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan kemenangan mereka selepas tiada borang pencalonan lain diterima oleh ibu pejabat untuk bertanding kelima-lima jawatan itu, sehingga proses penyerahan borang pencalonan yang bermula 8 pagi, tamat 5 petang ini.
Beliau berkata senarai penuh calon yang bertanding akan disediakan pada hari Selasa dan pengumuman akan dibuat pada Rabu petang.
Selain lima yang menang tanpa bertanding, proses penyerahan borang pencalonan hari ini menyaksikan 256 individu lain akan bertanding pada pemilihan Umno peringkat pusat bulan depan, termasuk 73 orang bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT), Pergerakan Wanita (52), Pemuda (94) dan Puteri (37).
Sementara itu, perebutan bagi jawatan naib presiden Umno menyaksikan tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bakal ditentang dua 'orang lama' dan satu muka baharu berdasarkan penyerahan borang pencalonan hari ini.
Daripada tiga yang menghantar penyertaan, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, yang juga Menteri Besar Kedah, dilihat berpotensi menggugat kedudukan penyandang berbanding bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Ahmad Zahid kini menjadi Menteri Dalam Negeri manakala Hishammuddin dan Mohd Shafie masing-masing menerajui Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Dalam pada itu, 64 borang pencalonan untuk merebut 25 kerusi MT yang dipertandingkan, diterima selepas proses penyerahan borang pencalonan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berakhir.
Ia menyaksikan beberapa muka baharu menawarkan diri menjadi anggota MT, selain muka lama tampil untuk mempertahan jawatan termasuk tokoh yang membuat kemunculan semula pada pemilihan parti bulan depan.
Antara tokoh yang diketahui akan mempertahankan jawatan dalam MT ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Selain itu, anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.
Muka-muka baharu yang menawarkan diri untuk berada dalam MT antaranya Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) Datuk Shamsul Anuar Nasarah, anggota Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Menteri Besar Perlis Datuk Azlan Man.
Selain muka baharu dan penyandang, beberapa tokoh veteran Umno yang pernah menjadi anggota MT membuat kemunculan semula seperti bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Siti Zaharah Sulaiman dan Pengerusi Risda yang juga bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
Bernama
Sat Sep 21 2013
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Air mata buka tirai Perhimpunan Agung UMNO 2019
Beliau yang ketika itu masih kecil turut menyaksikan sendiri bagaimana Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mencari sumber kewangan untuk menuntut kemerdekaan di London.
FAMA sasar RM200 juta eksport durian sejuk beku 2018
Nilai itu berdasarkan jangkaan pasaran lebih meluas terutama di China dan Singapura dengan hasil promosi yang dipergiatkan serta jangkaan cuaca yang baik pada 2018.
Naik taraf usahawan runcit ke AgroBazaar tingkat hasil jualan 60 peratus
Badruddin turut mengingatkan para usahawan peruncitan mengambil pendekatan untuk mewujudkan keceriaan premis jualan.
Nilai jualan GBBS cecah RM28 juta seluruh negara
Hasil jualan itu disumbangkan oleh 372 usahawan yang melibatkan pembukaan 418 gerai menjual buah-buahan tempatan.
FAMA sedia import 2 juta kelapa untuk kegunaan sepanjang Ramadan
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata langkah itu dijangka dapat memenuhi permintaan peniaga dan pengguna sepanjang bulan berkenaan.
MyFarm Outlet pertama catat nilai jualan hampir RM4.2 juta
MyFarm Outlet pertama yang dibangunkan di Presint 7 Putrajaya mencatat nilai jualan hampir RM4.2 juta sehingga Mei.
'Tak pernah jadi budak hilang semasa perbahasan UMNO'
Pertama kali dalam sejarah Perhimpunan Agung Umno, pengerusi tetapnya terpaksa menghentikan seketika sesi perbahasan untuk membuat pengumuman.
FAMA akur dengan harga kawalan
Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) tidak akan menaikan harga barangan di semua Pasar Tani di negara ini.
Pemilihan Umno: Lima diumum menang tanpa bertanding
Senarai penuh calon yang bertanding akan disediakan pada hari Selasa dan pengumuman akan dibuat pada Rabu petang.