awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik akaun FB Adinda Idris disiasat fitnah polis Pahang

Bernama
Bernama
26/12/2015
00:38 MYT
Pemilik akaun FB Adinda Idris disiasat fitnah polis Pahang
Sehingga kini siasatan berhubung kes itu masih berjalan dan tidak dibuang seperti yang didakwa wanita terbabit. - Gambar fail
Polis Pahang sedang menyiasat pemilik akaun Facebook Adinda Idris yang didapati memuat naik status mendakwa polis tidak menyiasat kes kemalangan melibatkan anaknya dan sebuah lori membawa bauksit pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, status itu antara lain mendakwa polis telah menasihati suaminya menarik balik laporan kes kemalangan berkenaan menyebabkan anaknya yang merupakan pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gebeng tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Status yang dimuat naik semalam kemudian menjadi viral di media sosial terutama Facebook menyebabkan ramai pengguna media sosial membuat komen mengecam tindakan polis.
"Ia telah menjejaskan nama baik pegawai penyiasat kes berkenaan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) amnya dan ekoran itu satu laporan polis telah dibuat terhadap wanita berkenaan bagi membolehkan siasatan dilakukan.
"Polis juga menyangkal sama sekali ada menasihati mana-mana individu khususnya ahli keluarga mangsa seperti didakwa dan ini merupakan satu fitnah kepada polis yang bertungkus lumus memastikan kes ini dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya pada sidang media di sini Jumaat.
Menurut Abdul Aziz, walaupun wanita itu kemudian memuat naik status memohon maaf dan memberi alasan kononnya statusnya telah disalah tafsir, polis tetap membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.
Kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Beliau turut menasihati pengguna media sosial agar menghentikan komen berbaur fitnah berhubung kes itu dan tidak menyebarkan status berkenaan kerana dikhuatiri akan menganggu siasatan selain boleh menyebabkan mereka dipanggil untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian pada pukul 9 malam Jumaat lepas, anak kepada wanita berkenaan yang menaiki motosikal dilaporkan cedera parah selepas berlanggar dengan sebuah lori membawa muatan bauksit di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran sebuah stesen minyak
Bagaimanapun, lori berkenaan dilaporkan tidak berhenti dan nombor pendaftaran kenderaan yang diberikan rakan mangsa selepas itu didapati tidak tepat kerana merupakan milik kenderaan lain menyebabkan polis mengambil masa mengesan pemandu terlibat.
Sehingga kini siasatan berhubung kes itu masih berjalan dan tidak dibuang seperti yang didakwa wanita terbabit.
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Salleh
#Adinda Idris
#Facebook
#media sosial
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan