awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik gerai dedah hidangan Ekin pesan, bukan setakat 2 ekor ikan, tapi...

Gempak
Gempak
05/10/2023
03:20 MYT
Pemilik gerai dedah hidangan Ekin pesan, bukan setakat 2 ekor ikan, tapi...
Wanita tersebut memperincikan menu yang telah dipesan oleh Ekin untuk 20 orang makan. - Foto Gempak
SUSULAN perkongsian rasa tidak puas hati isteri Mawi, Ekin Rahmat terhadap sebuah gerai menjual makanan laut yang dikunjungi bersama keluarga baru-baru ini, pemilik gerai berkenaan tampil memberi kenyataan.
Memperkenalkan dirinya sebagai pemilik Dol Mat Seafood, wanita tersebut memperincikan menu yang telah dipesan oleh Ekin untuk 20 orang makan, termasuk pecahan harga bagi setiap lauk yang dipesan selain dua ekor ikan.
“Assalamualaikum, Mak Cik owner gerai No. 14 Dol Mat Seafood. Tujuan video ini dibuat untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan.
“Pada 30 September, waktu petang mereka datang ke kedai Mak Cik dalam 20 orang termasuk kanak-kanak. Di sini Mak Cik ingin senaraikan makanan yang dimakan,” katanya.
Nasi putih 4 hidang, 1 hidang untuk 5 orang makan (RM10) x 4 = RM40 Baby Kailan 3 hidang, 1 hidang untuk 3 orang makan (RM18) x 3 = RM54 Pari Bakar 3 hidang, 1.8 kilogram, RM9 setiap 100 gram = RM162 Siakap Tiga Rasa 2 ekor, 1 ekor RM48 x 2 = RM96 Siakap Stim bernilai RM48
Wanita itu turut membidas kenyataan Ekin yang hanya memesan dua ekor ikan sahaja.
“Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja, sebenarnya total makan 6 hidang,” ujarnya.
Berikut merupakan sambungan menu yang dipesan oleh Ekin:
Udang Butter 3 hidang, 1.6 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM14 = RM224 Sotong Tepung 3 hidang, 1.6 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM9 = RM144 Ketam Cili 1 hidang ada dua ekor, berat 1.5 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM9 = RM135 Ketam Telur Masin 1 hidang dua ekor, berat 1.5 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM9 setiap = RM135 Telur dadar 5 hidang, 1 hidang 3 biji RM6 = RM30 Siput Gonggong satu pek RM30 Minuman dan otak-otak = RM162
Perincian harga membawa jumlah yang dibayar Ekin iaitu RM1,260.
BACA: Dicaj RM1,260, isteri Mawi terkejut harga makanan 'cekik darah'
Sebelum mengakhiri videonya, wanita tersebut berkata: “Ini adalah details harga makanan yang dimakan pada hari itu. Kalau belum jelas boleh datang jumpa Mak Cik,” tutupnya.
LAHHHH 20 ORANG MAKAN RUPANYA!!! pic.twitter.com/A35TxNuLqK https://t.co/TR2T2lhn4v
— Arif E. (@arfdy12) October 4, 2023
Topic Berkaitan
#Ekin isteri Mawi
#harga makanan cekik darah
#peniaga tunjuk bukti
#Dol Mat Seafood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan