ALOR SETAR: Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi menuntut insentif berjumlah RM24,500 di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0, dua tahun lepas.
Nur Kesuma Kartini Mohamad Zahir, 41, pemilik syarikat Aisy Maju Abadi Trading didakwa memberikan tujuh borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama syarikat itu kepada seorang ejen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif berkenaan.
Tertuduh didakwa memperdayakan Perkeso dengan mengemukakan kesemua dokumen yang mengandungi butiran palsu, iaitu tujuh individu yang dinamakan dalam dokumen itu bukan pekerja Aisy Maju Abadi Trading.
Dia dituduh melakukan semua perbuatan itu di Pejabat Perkeso, Jalan Teluk Wanjah di sini pada 22 Jun 2021, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Seksyen itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Rohatul Akmar Abdullah membenarkan tertuduh yang kini berniaga kecil-kecilan diikat jamin RM10,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 5 Dis ini.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM S.Sujatha, manakala tertuduh diwakili peguam Ummi Kalthum Zakaria.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
Nur Kesuma Kartini didakwa memberikan tujuh borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama syarikatnya kepada seorang ejen Perkeso. - Gambar/ Bernama
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu tuntut Penjana Kerjaya 2.0
Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi menuntut insentif Penjana Kerjaya.