Majikan diminta memberi peluang pekerja mereka yang berasal daripada Indonesia untuk membuang undi awal bagi memilih calon perwakilan legislatif 2014.
Atase Sumber Manusia Indonesia, Agus Triyanto berkata, pelepasan waktu untuk mengundi itu dilihat perlu bagi memenuhi hak serta tanggungjawab pekerja itu sendiri sebagai warga Indonesia yang bekerja di luar negara.
"Saya mohon majikan untuk beri kesempatan kepada pekerja Indonesia mereka untuk membuang undi. Ini sekali gus rasa penghargaan yang memberikan pekerja mereka untuk membuang undi dan menunaikan hak dan warga negara indonesia." katanya.
Agus ditemui di pusat pembuangaan undi di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur di sini. Pada Ahad, seramai 1.74 juta pendaftar pemilih tetap warganegara Indonesia di seluruh Malaysia akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih calon perwakilan legislatif.
Daripada jumlah itu, 402,730 akan membuang undi di empat pusat mengundi di Kuala Lumpur. Seramai 714 petugas pemilihan bertugas semasa proses berlangsung di Malaysia.
Tambah Agus, secara keseluruhannya perjalanan pengundian awal di sekitar Kuala Lumpur disifatkan lancar dan tidak mengalami sebarang masalah.
"Dari mula pukul 9 pagi tadi, pengundi datang secara berperingkat dan kehadiran mereka bergantung kepada lokasi kediaman pengundi ini sendiri.
"Kita jangka peratusan keluar mengundi di Kuala Lumpur mencecah 85 peratus daripadanya adalah golongan pekerja," jelasnya.
Pengundi Indonesia yang berada di luar negara perlu menjalani pengundian awal ekoran penjumlahan undi akan dilakukan pada tarikh sama dengan Pemilihan Umum di Indonesia pada 9 April.
Keputusan pemilihan hanya akan diumumkan secara rasmi pada Mei depan dengan penglibatan 130 kedutaan dan konsulat di seluruh dunia.
Setelah berakhirnya pemilihan perwakilan legislatif 2014 ini, mereka kemudian akan memilih calon presiden pula pada Julai nanti.
Wan Syamsul Amly
Sun Apr 06 2014
Atase Sumber Manusia Indonesia, Agus Triyanto menunjukkan nombor daftar pemilih pengundian awal PEMILU 2014. --Foto Wan Syamsul Amly
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
PEMILU 2014: Majikan perlu beri kesempatan pekerja Indonesia buang undi - Pak Agus
Pelepasan waktu untuk mengundi itu dilihat perlu bagi memenuhi hak serta tanggungjawab pekerja itu sendiri sebagai warga Indonesia yang bekerja di luar negara.