JAKARTA: Pemimpin dunia, termasuk pemimpin dari Malaysia mengucapkan tahniah kepada Prabowo Subianto yang kelihatan bakal melakar kemenangan dalam pilihan raya presiden Indonesia selepas kiraan pantas tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului dengan selesa.
Dalam perkongsian di media sosialnya Prabowo berkata, beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin pada Khamis yang menyampaikan ucapan tahniah meskipun pengiraan undi masih dijalankan.
Antara pemimpin itu ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dan Timbalan Perdana Menteri, Richard Marles; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe.
Perdana Menteri Republik Czech, Petr Fiala turut mengucapkan tahniah kepada Prabowo selepas memperoleh lebih 50 peratus undi dalam kiraan pantas.
Ketua Komunikasi Kempen Prabowo-Gibran Rakabuming, Raka Budisatrio dilaporkan berkata, ucapan tahniah itu menunjukkan pengiktirafan pemimpin dunia terhadap proses demokrasi Indonesia yang lancar.
"Pengiktirafan itu juga menandakan kesediaan mereka untuk mengekalkan kerjasama dua hala dengan presiden yang dipilih, berdasarkan asas yang telah ditetapkan oleh Presiden Joko Widodo sejak sedekad lalu," katanya.
Menurut Litbang Kompas, dengan 95.95 peratus sampel undi yang telah dikira, Prabowo-Gibran memperoleh 58.48 peratus undi manakala Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar dan Ganjar Pranowo-Mahfud MD masing-masing mendapat 25.26 peratus dan 16.27 peratus.
Data laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Umum pemilu2024.kpu.go.id pada pukul 11 pagi Jumaat menunjukkan pasangan Prabowo-Gibran mendahului dengan 56.85 peratus undi.
Sementara itu, Maybank Investment Bank (Maybank IB) telah membuat kesimpulan bahawa Prabowo-Gibran memenangi pilihan raya dengan kemenangan besar berdasarkan kiraan pantas oleh Litbang Kompas.
Menurut bank itu, keputusan berkenaan sangat bermanfaat untuk pasaran sekuriti, memastikan keputusan pilihan raya yang stabil dan mengurangkan risiko pertikaian undang-undang.
"Dalam pilihan raya satu pusingan, pentadbiran Prabowo dijangka mempunyai kuasa politik yang lebih besar, mengurangkan keperluan untuk perkongsian kuasa dengan parti pembangkang," menurut Maybank IB dalam satu kenyataan.
Tumpuan kini beralih kepada pembentukan Kabinet dengan pemerhati pasaran memantau rapat proses itu, terutamanya keseimbangan antara pelantikan politik dan teknokrat.
Portfolio kabinet yang akan mempengaruhi dinamik pasaran, termasuk Kementerian Koordinasi Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Milik Negara, Kementerian Kerja Raya dan Perumahan, Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi dan Informatik.
- Bernama
Bernama
Fri Feb 16 2024
Prabowo berkata, beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin pada Khamis yang menyampaikan ucapan tahniah meskipun pengiraan undi masih dijalankan. - Gambar/ Reuters
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.
Gunakan konsep Hilf al-Fudul untuk selesaikan isu kemanusiaan global - Mohd Na’im
Konsep pakatan Hilf al-Fudul mewujudkan keperluan untuk memastikan keadilan untuk semua melalui tindakan kolektif.
AI seperti ‘tsunami’ beri kesan besar kepada pasaran buruh global - Ketua IMF
AI beri kesan kepada 60 peratus pekerjaan dalam ekonomi maju dan 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun akan datang.
Elektrik terputus di seluruh Mexico akibat gelombang haba
Gelombang haba yang dahsyat melanda tenggara Mexico pada hujung minggu, menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus di seluruh negara hingga hampir lumpuh.
Campeche, tenggara Mexico pada 9 Mei mencatatkan rekod tertinggi iaitu 45.1 darjah Celsius atau 113.18 darjah Fahrenheit.
Campeche, tenggara Mexico pada 9 Mei mencatatkan rekod tertinggi iaitu 45.1 darjah Celsius atau 113.18 darjah Fahrenheit.
OpenAI umum keluaran model AI baharu
Syarikat penyelidikan kecerdasan buatan dan pembangun ChatGPT, OpenAI pada Isnin mengumumkan keluaran model AI baharu yang dipanggil GPT-4o, yang mampu melakukan perbualan suara bersifat realistik dan mampu berinteraksi merentasi teks dan penglihatan.
Ia adalah sebagai satu langkah baru untuk kekal di hadapan dalam mendominasi teknologi baru.
Ia adalah sebagai satu langkah baru untuk kekal di hadapan dalam mendominasi teknologi baru.
Rakyat Israel sambut kemerdekaan dengan protes anti-kerajaan
Rakyat Israel pada iIsnin menyambut hari kemerdekaan dengan penunjuk perasaan menuntut perdana menteri benjamin netanyahu dan kerajaannya membuat perjanjian yang akan membawa pulang tebusan gaza.
Hari kemerdekaan Israel disambut dari matahari terbenam pada 13 mei hingga matahari terbenam pada 14 mei, sejurus selepas hari peringatan di mana israel memberi penghormatan kepada mangsa perang negara itu, serta korban peperangan, yang juga disambut secara suram.
Hari kemerdekaan Israel disambut dari matahari terbenam pada 13 mei hingga matahari terbenam pada 14 mei, sejurus selepas hari peringatan di mana israel memberi penghormatan kepada mangsa perang negara itu, serta korban peperangan, yang juga disambut secara suram.
AS anggap pembunuhan rakyat Palestin bukan genosid
Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Jake Sullivan berkata bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden tidak melihat pembunuhan rakyat Palestin di Gaza oleh Israel dalam perangnya terhadap Hamas sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Penunjuk perasaan Israel menyekat trak bantuan yang menuju ke Gaza pada Isnin.
Bukan sahaja itu, mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga palestin yang kebuluran, ekoran tindakan kejam rejim israel.
Bukan sahaja itu, mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga palestin yang kebuluran, ekoran tindakan kejam rejim israel.
Malaysia, Qatar komited bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel
Malaysia dan Qatar komited bagi mencari penyelesaian konflik Palestin-Israel.
Ia dizahirkan melalui Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dua pemimpin tertinggi Kerajaan Qatar pada Isnin, bagi membincangkan secara mendalam konflik Palestin-Israel.
Ia dizahirkan melalui Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dua pemimpin tertinggi Kerajaan Qatar pada Isnin, bagi membincangkan secara mendalam konflik Palestin-Israel.
KPT sumbang RM25,000 bantuan khas bencana, bantu ringankan beban mahasiswa UniMAP
Bantuan segera tersebut bagi menyantuni keperluan mahasiswa yang menjadi mangsa susulan kebakaran yang berlaku.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemilu 2024: Prabowo kukuh sebagai pendahulu dalam tinjauan pilihan raya
Prabowo Subianto melebarkan kedudukannya ke atas dua lagi pesaingnya dalam tinjauan simulasi terbaharu.
Debat calon naib presiden, Polis Jakarta kerah 2,000 anggota
Polis Metropolitan Jakarta mengerahkan kira-kira 2,000 anggota untuk memastikan keselamatan ketika berlangsungnya debat calon naib presiden menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024.
Pemilu 2024: Megawati ancam pecat anggota buat gerakan politik
Megawati Soekarnoputri meminta semua barisan partinya tidak melakukan muslihat politik untuk pemilihan presiden 2024.