Pemimpin UMNO sedia ada di semua lapisan perlu menerima budaya baharu dan memberi peluang kepada orang baharu untuk memastikan parti kekal relevan kepada rakyat.
Calon Presiden UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata pemimpin UMNO perlu terbuka untuk menerima idea baharu agar budaya profesionalisme akan menjadi budaya parti.
"Saya merasakan ada keperluan untuk melihat kemungkinan mengasingkan peranan antara golongan yang bertanggungjawab menguruskan parti dan mereka yang terlibat dalam pentadbiran kerajaan.
"Ini kerana kita memerlukan mereka yang layak untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan untuk memberi fokus penuh kepada usaha sedemikian dan mereka yang bertanggungjawab menguruskan parti perlu dilatih untuk menjaga parti dengan baik," kata Tengku Razaleigh selepas menyertai Debat Presiden UMNO yang disiar secara langsung di Astro AWANI.
Tambahnya, jika peranan ini diasingkan, sudah pasti akan ada pembaikan kepada urus tadbir kerana tiada pihak yang menyalahgunakan kuasa dalam parti untuk mendapatkan sesuatu di peringkat kerajaan.
"Buat masa ini, saya belum lagi mencadangkannya untuk dipraktikkan UMNO. Namun, pandangan saya, adalah lebih baik untuk peranan dalam parti dan kerajaan diasingkan," kata beliau.
Hafiz Marzukhi
Fri Jun 29 2018

Tengku Razaleigh yang menyertai Debat Presiden UMNO berkata, pemimpin UMNO di semua lapisan perlu menerima budaya baharu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.

Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya
Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos.

Usaha perlu diperkasa eratkan hubungan China-Jepun - Wang Yi
Wang Yi berkata, kedua-dua pihak perlu menjana impak sosial dalam suasana proaktif, terutamanya menyokong pertukaran antara kumpulan pemikir.

Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.

PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.

Intercontinental World Cultures kembali sebagai hab budaya bermula 19 Nov ini
Acara itu menyatukan negara dari seluruh dunia dalam kepelbagaian perayaan dan mencetuskan hubungan dan komunikasi di luar batas sempadan.

Permintaan manisan, muruku meningkat menjelang Deepavali
Ladu, chittu urundai, jelebi dan athirasam menjadi simbol kegembiraan selain mencerminkan kekayaan budaya masyarakat India di negara ini.
![[KOLUMNIS] Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia: Akar sama, perkembangan berbeza [KOLUMNIS] Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia: Akar sama, perkembangan berbeza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41725107297_TBKAMUS.jpg)
[KOLUMNIS] Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia: Akar sama, perkembangan berbeza
Perbezaan geografi, politik dan budaya menyebabkan kedua-dua bahasa ini berkembang mengikut alirannya yang tersendiri.

Program Citra Nusa tingkatkan kefahaman sejarah dan budaya Malaysia-Indonesia
Kementerian Perpaduan Negara, melalui Jabatan Muzium Negara, menganjurkan Program Citra Nusa @Indonesia: Kita Serumpun bagi mewujudkan kefahaman tentang hubungan budaya Malaysia-Indonesia.

Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong
Budaya masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka semakin diiktiraf komuniti antarabangsa khususnya pelancong dari China, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.