awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur

Bernama
Bernama
25/12/2024
12:58 MYT
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Perkahwinan campur memberi peluang kepada setiap ahli keluarga mengenali perbezaan bahasa, makanan serta adat dan budaya yang memberi nilai istimewa. - Bernama
JOHOR BAHRU: Adat dan latar belakang budaya berbeza antara suami yang berketurunan India dan isteri, wanita Bidayuh dari Serian, Sarawak menjadikan sambutan Hari Natal keluarga seorang ejen hartanah di sini cukup unik dan harmoni.
Steven Sam, 43, berkata dalam hal ini yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa berikutan perbezaan bahasa, makanan serta adat dan budaya antara beliau dan keluarga sebelah isterinya, Martha Loria.
Bapa kepada tiga anak itu berkata lazimnya mereka pulang ke Serian menyambut Krismas, namun tahun ini beliau dan isteri meraikannya di sini dengan membawa ibu mentuanya ke Johor bagi bersama-sama meraikan perayaan ini.
"Sambutan di Sarawak agak berbeza dari segi pergaulan, masakan dan bahasa. Sejujurnya, sambutan di sana lebih meriah dan sangat harmoni dengan masyarakat pelbagai kaum bersama-sama melakukan persiapan Krismas seperti memasak di rumah panjang.
"Namun di sini biasanya kita melakukannya di rumah masing-masing," katanya kepada Bernama di kediamannya di Taman Pulai Indah di sini hari ini.
Steven Sam (dua dari kanan) bersama isteri dan anak-anaknya berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang kaya dengan kemeriahan adat budaya. - Bernama
Steven Sam (dua dari kanan) bersama isteri dan anak-anaknya berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang kaya dengan kemeriahan adat budaya. - Bernama
Steven berkata beliau bagaimanapun cukup teruja menjadi 'tuan rumah' sambutan Krismas tahun ini dengan pelbagai aktiviti telah dilakukan bagi mengerat hubungan terutama dengan ahli keluarga sebelah isterinya.
"Macam semalam, kami hadir ke majlis rumah terbuka saudara-mara yang ada di sini dan malam ini pula kami anjur jamuan barbeku, memang penuhlah rumah saya nanti," katanya.
Steven berkata persediaan telah dibuat bagi meraikan ibu mentua serta ahli keluarga yang lain dan beliau juga telah merancang pelbagai aktiviti seperti membawa mereka melawat ke tempat menarik di negeri ini.
"Hari ini kami menyediakan makanan tradisi Sarawak dan bertukar-tukar hadiah selain ke gereja. Saya juga merancang membawa mereka menziarahi saudara-mara di sini dan lusa (Jumaat) kami akan bercuti di Melaka atau Kuala Lumpur," katanya.
Sementara itu, Martha berkata dianggarkan lebih 20 ahli keluarganya termasuk ibunya dari Sarawak terbang merentasi Laut China Selatan untuk meraikan Hari Natal di sini.
"Keluarga saya telah berada di sini sejak Rabu lagi... sebab utama merayakan Krismas di sini kerana saya sebagai anak sulung daripada tujuh beradik teringin juga sesekali hendak beraya di rumah sendiri.
"Dari segi persediaan pula, kami buat dekorasi pokok Krismas... buat ini pun dalam masa kira-kira tiga hari. Kami juga ada buat kuih dan kek manakala makanan tradisi Sarawak, itik masak talu memang tidak dilupakan," katanya.
-- BERNAMA / Nur Fadhliana Shaari
Topic Berkaitan
#adat
#budaya
#Krismas
#kahwin campur
#sambutan perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan