awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat aktiviti lasak pasang tali keselamatan di trek Bukit Galing

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
22/05/2022
04:15 MYT
Peminat aktiviti lasak pasang tali keselamatan di trek Bukit Galing
Program memasang tali keselamatan ialah bagi menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan penjagaan keselamatan di hutan, di samping mengurangkan risiko kemalangan membabitkan para pendaki. - Foto Facebook Lee Chean Chung
KUANTAN: Bukit Galing di sini kini menjadi antara lokasi tumpuan penggemar aktiviti mendaki bukit, sambil menikmati pemandangan indah bandar raya ini, baik di waktu siang mahu pun malam.
Selain keperluan memiliki tubuh badan yang 'fit', aspek keselamatan juga harus diberi perhatian ketika menjalani aktiviti lasak itu, supaya keseronokan tidak bertukar menjadi tragedi.
Bagi tujuan itu, 67 sukarelawan Kelab Kaki Camping Hiking And Travel (K-CHAT) bergotong-royong memasang tali keselamatan dan membersihkan trek pendakian bukit tersebut bagi memberi keselesaan kepada orang ramai.
Setiausaha K-CHAT Nor Khalilah Gusti Hassan berkata, ia juga bagi menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan penjagaan keselamatan di hutan, di samping mengurangkan risiko kemalangan membabitkan para pendaki, terutama pendaki-pendaki baharu.
"Tarikan utama Bukit Galing ini ialah, ia satu-satunya bukit yang mempamerkan hampir 180 darjah pemandangan daerah Kuantan. Siang dan malam, pemandangannya sangat cantik.
"Disebabkan Bukit Galing ini terlalu ramai orang yang naik, K-CHAT terpanggil untuk meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan," katanya.
Sebanyak 15 lokasi curam, licin dan mencanak dipasang dengan tali sepanjang 240 meter bagi memudahkan pendaki menjejaki bukit berketinggian 296 meter dari aras laut itu.
"Mungkin ramai yang tidak sedar, memasang tali keselematan ini sebenarnya sangat penting untuk kita. Bukan sahaja untuk selesa, tetapi untuk keselamatan.
"Apabila kita ambil kira perkara-perkara ini, kita sebenarnya membantu banyak pihak, terutamanya anggota penyelamat kita, untuk mengurangkan risiko-risiko kecelakaan di trek pendakian," kata Nor Khalilah.
Program memasang tali keselamatan itu merupakan satu inisiatif menyahut seruan Kerajaan Pahang yang pada Mac lalu melancarkan Pahang Hiking Day.
Ia turut disertai wakil-wakil agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Alam Flora, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Polis Pahang, Pejabat Perhutanan Daerah Kuantan dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu.
Sementara itu, ADUN Semambu Lee Chean Chung yang turut hadir berkata, orang ramai diharap menjaga kebersihan kawasan itu dengan membawa turun semua sampah bagi memastikan lokasi pendakian sentiasa bersih dan cantik.
"Kita harap kejayaan program pada hari ini boleh membangkitkan semangat ramai pihak lagi untuk bersama mengindahkan alam kita dan juga kurangkan penghasilan sampah, serta menerapkan nilai-nilai kelestarian dalam gaya hidup kita," katanya.
Topic Berkaitan
#Bukit Galing
#tali keselamatan
#Kuantan
#pendaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan