Penyanyi Ziana Zain tampil menjawab kritikan peminat yang tidak senang melihat kolaborasi bersama Hasif Upin menerusi single terbaharunya berjudul Waktu.
Menurut Ziana, dia berbuat demikian hanyalah untuk memberi ruang kepada pendatang baharu selain nampak bakat yang ada pada penyanyi itu.
“Ramai beri kritikan dan juga kecaman di Instagram saya. Mereka pertikaikan kenapa saya berduet dengan Hasif Upin. Yelah, setelah hampir 15 tahun tak ada single baharu, peminat memang ternanti-nanti. Ada juga yang tanya kenapa tak duet dengan penyanyi gred A lain.
“Sebenarnya, saya nak bagi ruang dan peluang untuk bakat baharu macam Hasif Upin, yang juga seorang TikToker. Saya setuju untuk berkolaborasi sebab nampak kualiti vokal dia dan kesungguhan Hasif untuk menceburkan diri dalam bidang nyanyian.
“Semangat dan kerajinan macam Hasif ni yang harus dipuji dan secara peribadi saya suka dengan kesungguhan Hasif,” katanya kepada Gempak.
Melanjutkan bicara, Ziana berkata, kolaborasi bersama Hasif merupakan tanda sokongannya kepada bakat-bakat baharu yang mempunyai potensi dalam industri muzik.
“Kolaborasi Ini juga merupakan salah satu sokongan saya sebagai artis yang berpengalaman untuk beri ruang serta peluang kepada bakat baru seperti Hasif Upin untuk lebih dikenali ramai,” katanya lagi.
Single Waktu yang diciptakan oleh Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat dilancarkan pada 30 Jun dan boleh dinikmati di semua pelantar digital. - Gempak
Gempak
Fri Jun 30 2023
Menurut Ziana, dia berbuat demikian hanyalah untuk memberi ruang kepada pendatang baharu selain nampak bakat yang ada pada penyanyi itu. - Gambar Gempak
Hampir 20 peratus wilayah Indonesia mula alami musim kemarau
Kira-kira 19 peratus wilayah Indonesia kini mengalami permulaan musim kemarau yang dijangka berterusan sehingga September.
KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer
Kerajaan rancang enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini, galak eksport francais
Kerajaan dengan kerjasama MFA merancang melaksanakan enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini dengan objektif untuk memupuk dan menggalakkan lebih banyak eksport francais ke luar negara.
Penghantaran bantuan melalui udara ada baik, ada buruk - KHOM
Penghantaran bantuan kemanusiaan melalui udara ada risiko keselamatan kepada orang awam secara umum.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Harimau Malaya 'tempang' harungi aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Skuad kebangsaan bakal mengharungi baki dua perlawanan terakhir kumpulan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tanpa lima tonggak utama yang terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir.
Pesawat SIA alami penurunan ketinggian mendadak
Kementerian itu menambah, pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan, 21 Mei, pesawat itu sedang melepasi selatan Myanmar pada ketinggian 37,000 kaki dan kemungkinan terbang di kawasan yang sedang berlaku aktiviti perolakan.
Korea Utara hantar lebih 200 belon sampah ke Korea Selatan
Tentera Korea Selatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon putih dan beg plastik yang melekat padanya kerana ia mengandungi sisa kotor dan sampah.
28 maut, lebih 20 cedera bas jatuh gaung di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam kemalangan bas di daerah Washuk, wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.
Peminat tak puas hati Ziana Zain duet dengan penyanyi baharu menerusi single Waktu?
Penyanyi Ziana Zain tampil menjawab kritikan peminat yang tidak senang melihat kolaborasi bersama Hasif Upin menerusi single terbaharunya berjudul Waktu.
Kolaborasi Sofyank-Zach King hadiah untuk peminat
Sofyank berkata, kolaborasi tersebut adalah untuk semua peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada video yang dihasilkannya.
ZAWFAN tampil lagu Bismillahirrahmanirrahim bersama Nazrey Johani
Bermatlamat menghidupkan semula nasyid yang mereka rindui, kumpulan terbaharu, ZAWFAN tampil dengan lagu berjudul Bismillahir Rahmanir Rahim bersama Nazrey Johani.
Astro AWANI-Sputniknews.com bentuk kerjasama strategik
Sebagai saluran berita paling dipercayai di Malaysia, Astro AWANI bertindak menjalinkan kerjasama strategik bersama Sputniknews.com untuk memantapkan kandungan pemberitaan seimbang, benar dan adil
Penerbit filem tempatan diharap kolaborasi dengan industri perfileman luar negara
Kolaborasi itu dapat memastikan filem tempatan berada di arena antarabangsa, selari dengan inisiatif 'Road To Oscars'.
Kolaborasi istimewa Pitahati dan Ito Blues Gang
Khatulistiwa merupakan antara lagu popular dari Blues Gang diberi nafas baru oleh Pitahati dan dirakam kembali bersama Ito.
Siti Nurhaliza bakal lancar single terbaharu kolaborasi bersama maestro Indonesia
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bakal melancarkan 'single' terbaharu hasil kolaborasi bersama maestro muzik dari Indonesia dalam tempoh terdekat.
BTS dan Coldplay berkolaborasi?
Dakwaan itu muncul susulan lirik sebuah lagu baharu nyanyian Coldplay bertajuk My Universe dikatakan telah 'bocor' di laman web MatchLyric.
ASEAN, New Zealand perlu terus kukuhkan kerjasama perangi keganasan - Muhyiddin
ASEAN dan New Zealand perlu meneruskan usaha mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi dalam mendepani cabaran getir pasca-pandemik, termasuk berkaitan aspek keselamatan dan keganasan.
Negara anggota PBB perlu terus waspada - Muhyiddin
Komunikasi telus, rangkaian kerja yang baik, dan kerjasama risikan yang lebih baik di peringkat negara dan juga antarabangsa, adalah penting bagi memerangi keganasan dan radikalisme.