PEMINDAHAN organ memerlukan penerima diberikan anestetik umum supaya mereka tidak menyedari pembedahan yang biasanya mengambil masa yang lama.
Tetapi terdapat sesetengah individu yang takut “ditidurkan” dan sebilangan kecil lagi tidak boleh menerima anestetik umum.
Akibatnya golongan ini tidak boleh menerima organ yang didermakan bagi menyelamatkan nyawa mereka.
Kumpulan doktor dari Northwestern Medicine di Amerika Syarikat berjaya mencatatkan sejarah apabila berjaya melakukan pemindahan ginjal pertama dengan pesakit dalam keadaan sedar pada bulan Mei lalu.
Pesakit bernama John Nicholas hanya diberikan anestetik setempat menerusi tulang belakang yang sama seperti epidural yang diterima ibu-ibu yang ingin mengurangkan kesakitan ketika melahirkan anak.
Berita pembedahan pertama dunia ini hanya diumumkan Northwestern bulan lalu.
Malah semasa pembedahan dilakukan, Nicholas dapat melihat ginjal baharu yang didermakan oleh rakam memasuki tubuh beliau.
Lebih menakjubkan ialah beliau dibenarkan balik selepas hanya tinggal semalaman di hospital berbanding tiga hari jika menjalani prosedur konvensional.
Kejayaan Northwestern Medicine ini membuktikan pemindahan ginjal boleh dilakukan dengan selamat menggunakan anestetik setempat dan pesakit dalam keadaan sedar.
Ia membuka pintu kepada pemindahan organ lain turut menggunakan prosedur yang sama sekali gus membolehkan mereka yang takut dibedah dalam keadaan tidak sedar menerima organ yang diperlukan. -Amanz
Amanz
Mon Jul 01 2024
Kumpulan doktor dari Northwestern Medicine di Amerika Syarikat berjaya mencatatkan sejarah apabila berjaya melakukan pemindahan ginjal pertama dengan pesakit dalam keadaan sedar pada bulan Mei lalu. -Amanz
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Pemindahan ginjal dalam keadaan sedar pertama di dunia berjaya dilakukan
Kumpulan doktor dari Northwestern Medicine di Amerika Syarikat berjaya mencatatkan sejarah apabila berjaya melakukan pemindahan ginjal pertama dengan pesakit dalam keadaan sedar pada bulan Mei lalu. P