Kedudukan Kampong Bharu yang terletak di tengah-tengah arus permodenan bandar Kuala Lumpur menjadi faktor selayaknya pemilik tanah mendapat sejumlah harga yang munasabah.
Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, Syed Badli Syed Osman mendakwa,
harga yang difahamkan bakal ditawarkan kepada penduduk - di bawah paras RM1,000 sekaki persegi - kurang sesuai dengan kedudukan semasa tanah kawasan itu.
Ini kerana, menurutnya, Kampong Bharu sangat berpotensi untuk dimajukan dengan projek berimpak tinggi.
"Hasrat kerajaan untuk membangunkan Kampong Bharu dilihat peluang terbaik untuk pemilik tanah mengubah dan memajukan tanah mereka.
"Kesediaan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad untuk menganjurkan sesi town hall bagi menerangkan kepada para pemilik juga adalah usaha yang wajar dipuji.
"Namun demikian, beberapa perkara wajarlah diperhalusi terlebih dahulu untuk menjadi pertimbangan kerajaan sebelum sebarang tawaran boleh dikemukakan pada sesi town hall nanti," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
BACA: Kerajaan anggar sediakan 45,000 unit rumah di Kampung Baru, Kuala Lumpur
TONTON: #JALAN Kampong Bharu
Sebelum ini, Khalid menjelaskan, kerajaan dianggarkan dapat menyediakan 45,000 unit rumah selepas projek pembangunan semula dilaksanakan di Kampong Bharu.
Dalam pada itu, jelas Syed Badli, seharusnya pertimbangan teliti dibuat kerana para pemilik tanah bakal menyerahkan tanah mereka untuk tujuan pembangunan dan pulangan setimpal wajar diperhalusi.
Tambahan lagi ujarnya, kedudukan Kampong Bharu sendiri yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur selain pelbagai kemajuan di sekelilingnya.
"Cadangan projek berbentuk strata untuk menggantikan kedudukan tanah lot sedia ada juga wajar dibahas panjang kerana rata-rata pemilik sekarang berada di atas sebidang tanah yang agak luas.
"Saranan untuk menggantikan tanah lot dengan nilaian beberapa unit strata juga perlu dilihat secara terperinci kerana pemilik bakal kehilangan sebidang tanah lot jika konsep ini diterima pakai.
"Setidak-tidaknya kerajaan perlu datang dengan tawaran yang menguntungkan kedua-dua pihak pihak khususnya dari sudut harga dan manfaat semasa," katanya.
BACA: Berapa harga tanah Kampung Baru?
BACA: Mustahilkah pembangunan Kampung Baru?
Syed Badli turut optimis hasrat pembangunan itu boleh dicapai jika tawaran berupa konsep menang-menang menjadi teras kepada usaha kerajaan.
"Perlu diingat bahawa Kampong Bharu adalah satu-satunya penempatan orang Melayu terbesar yang masih wujud di Kuala Lumpur hasil dari warisan generasi terdahulu.
"Sebarang kaedah pengambil alihan tanah secara perundangan wajarlah dielakkan, sebaliknya persetujuan secara konsensus dan negosiasi haruslah menjadi objektif demi mencapai matlamat pembangunan.
"Justeru itu, mempertahankan hak orang Melayu dengan memberikan manfaat pembangunan yang menguntungkan perlulah menjadi keutamaan kerajaan," tegasnya.
Pada sesi town hall yang dijadualkan pada 21 September depan, pemilik atau waris tanah kawasan tersebut akan diberi peluang bertanya soalan dan mengemukakan cadangan mengenai isu berkenaan.
BACA: Jangan sampai nama Kampung Baru hilang!
BACA: Kekalkan nama Kampung Baru - Rina Harun
Astro Awani
Thu Aug 22 2019
Seharusnya pertimbangan teliti dibuat kerana para pemilik tanah Kampong Bharu bakal menyerahkan tanah mereka untuk tujuan pembangunan dan pulangan setimpal wajar diperhalusi, kata Syed Badli. - Gambar BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Pemodenan Kg Bharu: Perhalusi tawaran, termasuk harga yang kurang sesuai - Syed Badli
Menurut Syed Badli, Kampong Bharu sangat berpotensi untuk dimajukan dengan projek berimpak tinggi.