awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemotong ayam curah isteri, bayi minyak panas hingga melecur direman

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/02/2022
10:44 MYT
Pemotong ayam curah isteri, bayi minyak panas hingga melecur direman
Meng Seah berkata, suspek bertindak demikian kerana cemburu kononnya isteri yang sudah dikahwini hampir tujuh tahun itu didakwanya mempunyai hubungan sulit. - Foto Astro AWANI
MELAKA TENGAH: Seorang pemotong ayam yang dipercayai bertindak menyimbah minyak panas ke arah isteri dan bayi perempuannya yang baharu berusia empat bulan dalam kejadian di Semabok di sini petang semalam, direman empat hari bermula hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, suspek berusia 24 tahun itu dikatakan bertindak demikian kerana cemburu kononnya isteri yang sudah dikahwini hampir tujuh tahun itu didakwa mempunyai hubungan sulit.
“Semasa kejadian, wanita berkenaan sedang menggoreng ayam sambil mendukung anak bongsunya sebelum suspek tiba-tiba datang dan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga berlaku pertengkaran mulut.
“Mangsa ketika itu menjelaskan pada suspek tentang hubungannya dengan lelaki tersebut dan pada masa yang sama anak bongsunya (bayi) menangis.
“Suspek bagaimanapun masih tidak berpuas hati dan telah bertindak mengangkat kuali di dapur serta terus menyimbah minyak panas ke arah isteri serta anak bongsunya,” katanya di sini.
BACA: Gaduh suami isteri, bayi tercurah minyak panas
Mengulas lanjut katanya, akibat tindakan suspek itu, isterinya yang berusia 22 tahun serta bayi perempuan yang juga anak keempat mereka melecur di beberapa anggota badan.
“Akibat perbuatan suspek itu bayi mereka menangis dan menggelupur kepanasan sebelum ibu suspek datang dan membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Melaka.
“Mangsa pertama iaitu isteri mengalami kesan melecur di bahagian paha kiri manakala bayi mereka melecur di bahagian belakang pinggang, punggung, serta keseluruhan kaki kiri dan kanan,” tambahnya.
Jelasnya, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu direman bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#curah minyak panas
#bayi melecur
#pemotong ayam direman
#cemburu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan