awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemotong rumput maut dirempuh komuter ketika berselfie

Bernama
Bernama
19/12/2015
07:53 MYT
Pemotong rumput maut dirempuh komuter ketika berselfie
Siasatan awal mendapati selepas selesai memotong rumput, mangsa dikatakan berdiri di landasan keretapi untuk mengambil gambar. -Gambar hiasan
Akibat mahu membuktikan kepada majikannya dia sudah selesai memotong rumput, seorang lelaki maut ketika melakukan 'selfie' selepas dirempuh komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata mangsa, A. Renishkumar, 20, adalah pekerja kontrak potong rumput dalam kawasan milik KTMB dan kejadian berlaku di sempadan Nilai-Mantin dekat sini.
Menurutnya anggota Balai Polis Nilai menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 11 pagi.
"Siasatan awal mendapati selepas selesai memotong rumput, mangsa dikatakan berdiri di landasan keretapi untuk mengambil gambar bagi membuktikan kepada majikannya bahawa rumput telah dipotong.
"Semasa mengambil gambar itu, mangsa tidak sedar tren sedang menghampirinya walaupun rakan-rakannya yang lain memanggilnya tetapi tidak didengarinya.
Akibatnya tren itu telah merempuh mangsa dan dia mati di tempat kejadian," katanya.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah laporan mati mengejut, katanya.
Topic Berkaitan
#komuter
#KTMB
#pemotong rumput
#Renishkumar
#selfie
#Zaldino Zaludin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan