awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemotongan gaji exco Johor dikaji - Osman

Bernama
Bernama
26/05/2018
20:09 MYT
Pemotongan gaji exco Johor dikaji - Osman
Osman (dua, kanan) menceduk bubur lambuk ke dalam bekas untuk diagihkan kepada orang ramai sambil diperhatikan Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Bahagian Selatan Mas Imran Adam (kiri) pada majlis di Johor Bahru, 26 Mei, 2018. --fotoBERNAMA
Kerajaan negeri Johor akan hanya melaksanakan pemotongan gaji Exco sekiranya ia dipersetujui mereka yang terbabit, kata Menteri Besar Datuk Osman Sapian.
Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kerajaan negeri bagi mendapatkan pandangan kesemua Exco berkenaan.
"Tengok bagaimana. Kalau mereka (Exco) setuju, kita ikutlah... kalau tidak setuju, kita buat cara kita sendiri.
"Saya tidak boleh memberi pandangan saya (sendiri) sebab ini melibatkan pandangan ramai (Exco)," katanya selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan kepada 50 keluarga dan pengagihan bubur lambuk di Taman Daya di sini, pada malam tadi.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang menyarankan kerajaan negeri di bawah PH mengambil langkah sama seperti kerajaan pusat yang memotong gaji anggota jemaah menteri sebanyak 10 peratus.
Anwar berkata langkah itu dapat mengelak amalan boros, bermegah dan protokol berlebihan.
Mengenai bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri ini, Osman berkata pihaknya akan mengkaji perkara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#bantuan khas Aidilfitri
#Exco
#gaji
#Menteri Besar
#Osman Sapian
#Pakatan Harapan
#penjawat awam
#potong gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan