awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pempengaruh didakwa langgar syarat bekas suami, punca cetus pergaduhan - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2025
09:50 MYT
Pempengaruh didakwa langgar syarat bekas suami, punca cetus pergaduhan - Polis
Mohd Azam berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, wanita berkenaan yang juga bekas isteri kepada seorang pempengaruh dikatakan melanggar syarat yang ditetapkan oleh bekas suaminya semasa kunjungan.
AMPANG: Hasrat seorang wanita yang juga pempengaruh untuk mengambil semula barangan peribadi di rumah bekas suaminya di Taman Melawati bertukar kecoh apabila berlaku pergelutan dengan isteri baharu lelaki terbabit pada Isnin lalu.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita yang juga pempengaruh terlibat dalam pergelutan dengan isteri baharu bekas suaminya ketika cuba mengambil barangan peribadi di rumah bekas suaminya di Taman Melawati.
  • Wanita tersebut melanggar syarat yang ditetapkan oleh bekas suaminya dengan naik ke tingkat satu rumah, menyebabkan pertengkaran dan pergelutan.
  • Kedua-dua pihak telah membuat laporan polis, dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Tiada tangkapan atau rampasan dilakukan setakat ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, wanita berkenaan yang juga bekas isteri kepada seorang pempengaruh dikatakan melanggar syarat yang ditetapkan oleh bekas suaminya semasa kunjungan tersebut.
“Lelaki itu membenarkan bekas isterinya mengambil barangan miliknya di kediaman tersebut dengan syarat hanya berada di tingkat bawah rumah.
“Bagaimanapun, wanita berkenaan telah naik ke tingkat satu, menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergelutan antara dia dengan isteri baharu pempengaruh itu yang cuba menghalang tindakannya,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, kejadian berkenaan turut disaksikan oleh kakak ipar dan adik ipar pengadu.
“Akibat pergelutan itu, isteri baharu (pengadu) mengalami kecederaan ringan di bahagian muka,” ujarnya.
“Kedua-dua pihak telah membuat laporan polis pada hari sama dan siasatan dijalankan terhadap laporan yang diterima,” katanya.
Menurutnya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan tiada sebarang rampasan dilakukan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Cik Epal
#video tular
#laporan polis
#pergaduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan