awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pempengaruh disyaki hantar gambar lucah kepada remaja ditahan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2025
08:20 MYT
Pempengaruh disyaki hantar gambar lucah kepada remaja ditahan polis
Caprice menerusi hantaran mendedahkan ibu kanak-kanak perempuan itu mendakwa anaknya menerima mesej berbaur lucah dari pempengaruh berkenaan dalam satu 'chatting' di media sosial.
KUALA LUMPUR: Seorang pempengaruh ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

Ringkasan AI
  • Seorang pempengaruh media sosial ditahan polis selepas didakwa menghantar mesej berunsur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun, dan kini direman untuk siasatan lanjut.
  • Kes ini disahkan oleh pihak polis Bukit Aman, dan siasatan dijalankan oleh Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
  • Pendedahan awal dibuat oleh Caprice di Instagram selepas dihubungi ibu mangsa, yang turut menerima permohonan maaf daripada pempengaruh tersebut yang mengaku kesilapan menghantar gambar tidak senonoh.

Difahamkan, lelaki itu hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, pada Khamis.
Menurut sumber, pempengaruh terbabit akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.
BACA: Pempengaruh didakwa hantar gambar berbaur lucah kepada remaja 14 tahun
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu.
"Ya, kami dah siasat," katanya ringkas pada Jumaat.
Sebelum ini, media tempatan penyanyi dan aktivis, Caprice mendedahkan mengenai beberapa kiriman mesej di media sosial yang didakwa berbaur lucah yang dihantar pempengaruh terbabit kepada remaja bawah umur itu.
Menerusi beberapa hantaran Caprice di laman Instagramnya, dia dihubungi ibu kepada remaja terbabit yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual.
Antara tangkap layar yang dikongsikan adalah kiriman mesej berserta gambar yang tidak senonoh dipercayai dengan niat untuk menunjukkan parut kesan pembedahan.
Difahamkan juga, pempengaruh itu turut mengirimkan satu lagi mesej memohon maaf kepada ibu remaja itu dan mendakwa tidak sempat menyunting gambar yang dihantar selain mengakui kesalahannya menghantar gambar berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pempengaruh
#gambar lucah
#Caprice
#Remaja perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan