KOTA BHARU: Seorang pemuda belanja orang ramai 1.2 tan durian sempena ulang tahun kelahirannya ke-27 yang disambut pada Sabtu.
Murtadhatumizi Mustapha berkata, pemilihan raja buah itu bagi membolehkan orang ramai menikmati keenakan rasa disebabkan oleh harganya yang masih lagi tinggi ketika ini.
"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, saya akui masih ramai tidak mampu untuk membeli durian.
"Jadi saya fikir inilah bentuk perkongsian yang mampu memberikan kegembiraan kepada orang ramai dengan menjamu durian," katanya kepada pemberita.
Menurutnya, beliau gembira apabila kira-kira 700 pengunjung hadir ke jamuan tersebut dapat menikmati hidangan raja buah itu.
Katanya, selain itu beliau turut menyediakan hidangan pulut durian dan aiskrim kepada orang ramai yang hadir ke jamuan berkenaan.
"Walaupun penat, namun semua itu hilang apabila melihat orang ramai dapat menikmati jamuan ini dengan begitu berselera," katanya.
Murtadhatumizi yang juga tauke kedai emas berkata, dia menyasarkan untuk mengadakan jamuan ini dalam skala yang lebih besar pada masa hadapan.
Sementara itu, seorang pengunjung Azimah Ahmad, 39, berharap program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Katanya, ia memberi peluang dan ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk menikmati keenakan rasa durian yang dimakan bersama dengan pulut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 31 2022
Murtadhatumizi (kiri) melayan orang ramai yang hadir untuk menikmati durian serta pulut percuma sempena ulang tahun kelahirannya ke 27. - Foto Sinar Harian
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
PM Anwar sambut hari lahir ke-77 hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-77 hari ini.
Melaka umum 24 Ogos cuti peristiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri
Kerajaan Melaka umum 24 Ogos depan sebagai cuti persitiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Hadiah hari lahir, kalahkan Jepun - Wooi Yik
Wooi Yik berkongsi peristiwa kekalahan kepada pasangan Jepun pada kejohanan sama dua tahun lepas menjadi pembakar semangat buatnya.
'Selamat ulang tahun kelahiran buat nona tercinta' - Anwar titip ucapan buat Wan Azizah
Dr Wan Azizah yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-71 itu menerima ucapan istimewa menerusi hantaran di media sosial Perdana Menteri.
Aliyah genap setahun, ikut adat Korea, anak Tony Fernandes sambut hari lahir pertama
Ulang tahun kelahiran Aliyah disambut sederhana mengikut adat Korea dengan memakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok.
Pemuda belanja orang ramai 1.2 tan durian
Murtadhatumizi mahu orang ramai turut menikmati keenakan rasa durian kerana harganya masih lagi tinggi ketika ini.
Sempena hari lahir, Dr Mahathir doakan Malaysia dimajukan semua pihak
Bekas Perdana Menteri itu juga bersyukur kerana diberi masa dan peluang untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
Tiga ekor anak Harimau Malaya sambut ulang tahun pertama kelahiran di Zoo Taiping
Tiga ekor anak harimau Malaya yang dilahirkan 12 April tahun lalu, menyambut ulang tahun kelahiran pertama hari ini di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS).
Keputusan kes rasuah RM2 juta Ku Nan diketahui esok
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mengetahui nasibnya esok, sama ada disabitkan atau dilepaskan daripada pertuduhan rasuah RM2 juta.
'Evermore' kejutan kedua Taylor Swift untuk tahun 2020
Album terbaharu yang berjudul "Evermore" itu dilancarkan beberapa jam selepas pengumuman mengenai berita berkenaan dibuat pada Jumaat.