awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2026 buka lembaran baharu untuk Sabah terus maju - Hajiji
Pembantu kedai makan maut dilanggar pemandu kereta positif dadah
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Selamat ulang tahun kelahiran buat nona tercinta' - Anwar titip ucapan buat Wan Azizah

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/12/2023
06:58 MYT
'Selamat ulang tahun kelahiran buat nona tercinta' - Anwar titip ucapan buat Wan Azizah
Menerusi hantaran tersebut, Anwar dilihat memuat naik gambar kenangan bersama Dr Wan Azizah ketika menghadiri sebuah acara sebelum ini. -Facebook Anwar Ibrahim
SIBUK dengan tugasan mentadbir negara bukan alasan buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak memperingati hari ulang tahun isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-71 itu menerima ucapan istimewa menerusi hantaran di media sosial Perdana Menteri.
“Ulang tahun kelahiran buat nona tercinta @drwanazizah. Semoga cinta ini terus kekal dan terus menjadi tiang seri kepada anak-anak dan cucu.
“Perjuangan masih panjang tatkala kita sedang berusaha sebaik mungkin menterjemah fikrah madani dengan memantapkan ekonomi dan memperkasa rakyat.
“Semangat dan daya juangmu mesti terus membakar demi anak bangsa,” memetik hantaran di akaun Facebook Perdana Menteri pada Ahad.
Menerusi hantaran tersebut juga, Anwar dilihat memuat naik gambar kenangan bersama Dr Wan Azizah ketika menghadiri sebuah acara sebelum ini.
Sebelum Anwar mula menerajui negara, Dr Wan Azizah juga pernah menjadi individu kedua terpenting dalam pentadbiran negara apabila memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Pasangan ini berkahwin pada 26 Februari 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham, dan Nurul Hana.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Wan Azizah Wan Ismail
#Timbalan Perdana Menteri
#ulang tahun kelahiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan