Suspek kelar ibu sebelum dibuang ke dalam tangki najis akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulai atas pertuduhan membunuh wanita itu, September lalu.

Namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohamad Firdaus Ismail, 29, yang didakwa mengelar leher Faridah Mat Hashim, 63 tahun, hingga menyebabkan kematian ibunya itu sebelum disumbat ke dalam tangki najis di belakang rumahnya.

Anak bongsu daripada lima beradik itu dituduh melakukan kesalahan itu antara jam 6.30 pagi dan 8 malam di rumahnya di Jalan Bharu, Balik Pulau dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut kanun yang sama kerana membunuh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid ketika pendakwaan memohon tarikh sebutan semula kes memandangkan laporan bedah siasat belum diperoleh.

“Laporan-laporan semua sudah sedia kecuali laporan bedah siasat belum siap. Laporan ini termasuklah sebab kematian dan bila masa kematian berlaku,” katanya.

Majistret, Nur Azzuin Abdul Moati kemudian menetapkan 18 Disember ini untuk sebutan semula kes