awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN, JPN jamin proses MyPR, kewarganegaraan berlandaskan undang-undang
Angka korban tanah runtuh Bandung Barat meningkat kepada 16 orang
Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan ujian HPV DNA - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda maut ditembak abang ipar disangka musang ketika berburu

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
25/11/2019
04:00 MYT
Pemuda maut ditembak abang ipar disangka musang ketika berburu
Ricky ditembak abang iparnya ketika berburu kerana disangkakan musang dalam kejadian di hutan Sungai Jelai, Tatau, pada Sabtu. Foto PDRM
Seorang pemuda terbunuh selepas ditembak oleh abang iparnya sendiri kerana disangka musang ketika berburu bersama di kawasan Sungai Jelai, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Tatau, Dep Supt Dennis Bunyam berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu selepas suspek, yang juga abang ipar mangsa, tampil ke balai polis untuk menyerah diri pada pagi Ahad.
Katanya, siasatan mendapati, mangsa Ricky Limbing, 30 tahun, bersama abang iparnya yang berusia 31 tahun, berasal dari Rumah Das, Sungai Kelawit di sini, telah masuk ke kawasan hutan itu untuk berburu pada Sabtu, kira-kira jam 10.30 malam.
"Suspek dipercayai tertembak mangsa selepas mereka berpecah. Dia (suspek) naik ke daratan, manakala mangsa telah bergerak dengan perahu mengikut arus air ke hilir sungai, tanpa disedari suspek.
"Dalam keadaan gelap, suspek telah melepaskan tembakan ke arah mangsa kerana menyangka adik iparnya itu seekor musang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dennis berkata, sebaik sahaja menyedari dia tertembak adik iparnya, suspek bergegas membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Tatau.
Bagaimanapun, Ricky disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan klinik.
Katanya, pemeriksaan pada tubuh mangsa oleh pihak klinik mendapati terdapat kesan tembakan peluru jenis penabur pada bahagian dada, perut dan kedua-dua belah lengan serta paha.
Tambahnya, polis kemudian menahan abang ipar mangsa dan merampas selaras senapang patah bersama sebiji kelongsong peluru.
“Suspek telah ditahan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Bintulu hari ini.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971," katanya.
Topic Berkaitan
#abang ipar
#berburu
#Dennis Bunyam
#hutan
#Mahkamah Bintulu
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#musang
#perahu
#polis
#reman
#Ricky Limbing
#senapang patah
#serah diri
#siasatan
#Sungai
#Sungai Jelai
#suspek
#Tatau
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan