awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda maut, kereta dipandu langgar pokok

Sinar Harian
Sinar Harian
17/10/2023
04:20 MYT
Pemuda maut, kereta dipandu langgar pokok
Mangsa dikenali sebagai David Tan Cher Long disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir. - Gambar/ Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok berhampiran restoran makanan segera di Jalan Austin 1, Bandar Dato Onn di sini pada pagi Selasa.
Dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, mangsa dikenali sebagai David Tan Cher Long disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir.
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Noor Azhan Ahmad berkata, seramai lapan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton X50 telah terbabas melanggar sebatang pokok.
"Terdapat seorang pemandu lelaki berusia 33 tahun cedera, namun tidak tersepit dalam kenderaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Jelasnya, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan 'spinal board' sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 3.08 pagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#langgar pokok
#Bandar Dato Onn
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan