KAMPAR: Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) Kampar membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran yang dikatakan bakal berlangsung di Sahom, di sini pada 26 dan 27 Ogos ini.
Ketua Pemudanya, Saiful Islam Abdul Rahman menegaskan, pihaknya kesal dengan hebahan secara terbuka kepada masyarakat bagi menghadiri pesta tersebut yang secara jelas bercanggah dengan Islam.
"DPPK Kampar amat kesal di atas penganjuran Pesta Songkran pada 26 dan 27 Ogos 2023 di Sahom, Kampar.
"Hebahan secara terbuka kepada masyarakat untuk menghadiri pesta tersebut telah mengundang kemarahan dan keresahan penduduk setempat.
"Penganjuran Pesta Songkran terdapat unsur-unsur adat keagamaan Buddha yang bercanggah dengan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu beliau berkata, daerah Kampar khususnya Sahom bukan kawasan majoriti masyarakat Siam.
Sehubungan itu beliau turut menasihatkan masyarakat beragama Islam supaya tidak terlibat dan mengelakkan diri daripada menyertai pesta tersebut.
"DPPK Kampar menyeru kepada pihak penganjur agar membatalkan pesta tersebut dan boleh menggantikannya dengan program dan aktiviti lain yang tidak bercanggah dengan syariat Islam dan norma masyarakat.
"Marilah sama-sama kita bermuhasabah serta saling bertanggungjawab dengan memainkan peranan dalam membentuk masyarakat sejahtera yang mengamalkan cara hidup Islam agar mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat," katanya lagi.
Aida Aziz
Mon Aug 14 2023
Pas Kampar berkata kesal dengan hebahan secara terbuka kepada masyarakat bagi menghadiri pesta tersebut yang secara jelas bercanggah dengan Islam.
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Dua anggota polis mati ditembak | Keluarga lebih efektif | Ekonomi global tidak menentu
Tujuh individu direman esok, tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Ratusan masyarakat Siam mandi air, sambutan Songkran meriah di Pulau Pinang
Songkran atau Tahun Baharu Thai disambut meriah oleh masyarakat keturunan Siam di Pulau Pinang dengan meneruskan tradisi pesta air dan mengunjungi kuil Wat Chaiyamangalaram.
Sambutan Songkran untuk gerak tenaga kukuh perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menyeru rakyat supaya menyingkirkan fitnah, prejudis dan sentimen yang memecah belah, sekali gus merugikan semua pihak.
Ribuan pengunjung "bertempur" menggunakan air sempena pesta Songkran
Cuti umum sempena Songkran tahun ini adalah yang terpanjang selepas Kabinet Thailand meluluskan cuti lima hari dari 12 hingga 16 April.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UNESCO perakui Songkran sebagai warisan budaya tidak ketara kemanusiaan
Songkran, perayaan Tahun Baharu tradisional Thailand, mendapat pengiktirafan dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH).
Thailand kembali raikan Songkran berskala penuh selepas COVID-19
Thailand kembali meraikan perayaan Songkran secara besar-besaran selepas tiga tahun dilanda pandemik COVID-19.
Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Songkran
Seri Paduka berdua berharap perayaan itu akan dilimpahi dengan keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang menyambutnya.
COVID-19: PM Thailand arah tingkat persediaan pasca Songkran
Antara persediaan yang perlu dilakukan kementerian dan agensi ialah menyediakan lebih banyak katil dan pusat pengasingan komuniti.
Hatyai sunyi dan lengang menjelang Songkran
Masih lengang dan sunyi walaupun pintu sempadan darat Sadao-Bukit Kayu Hitam telah dibuka bermula 1 April.
Pesta Songkran kembali di Thailand, namun lebih sederhana
Thailand akan kembali meraikan pesta air Songkran buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun pada April ini, namun dengan garis panduan tertentu.