awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda seberat 280kg meninggal dunia akibat sesak nafas

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2017
10:13 MYT
Pemuda seberat 280kg meninggal dunia akibat sesak nafas
Nor Syakirin yang merupakan anak sulung dari lima adik beradik pernah berkhidmat sebagai Pembantu Perubatan di Klinik Kesihatan Bayan Lepas sedang bercuti sakit akibat demam. - Gambar Astro AWANI
Seorang pemuda obesiti seberat 280 kilogram dilapor meinggal dunia akibat sesak nafas di sini, malam tadi.
Nor Syakirin Ramlan, 32, dari Flat Batu Lancang di sini disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) malam tadi.
Menurut adiknya, Zaibidi Ramlan, 31, doktor yang merawat abangnya memberitahu abangnya meninggal dunia akibat kekurangan oksigen.
Nor Syakirin yang merupakan anak sulung dari lima adik beradik pernah berkhidmat sebagai Pembantu Perubatan di Klinik Kesihatan Bayan Lepas sedang bercuti sakit akibat demam.
Jenazah Nor Syakirin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat jam 11 pagi Rabu.
Zaibidi berkata mereka sekeluarga redha dengan pemergian abangnya.
Dalam kejadian jam 9.30 malam Selasa, keluarga Nor Syakirin mendapatkan bantuan beberapa anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memindahkannya dari tingkat dua flat kediamannya untuk mendapatkan rawatan di hospital selepas beliau mengadu sesak nafas.
Pihak bomba mengalami sedikit kesukaran untuk membawa mangsa turun berikutan ruang rumah berkenaan yang sempit.
Operasi menyelamat mengambil masa lebih 30 minit.
Topic Berkaitan
#flat batu lancang
#Hospital Pulau Pinang
#nor syakirin ramlan
#obesiti
#zaibidi ramlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan