awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda UMNO rancang program dekati golongan muda di DUN Kajang

Astro Awani
Astro Awani
03/03/2014
01:06 MYT
Pemuda UMNO rancang program dekati golongan muda di DUN Kajang
Pergerakan Pemuda Umno merancang pelbagai program untuk mendekati golongan muda sepanjang tempoh berkempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata setakat ini pergerakan telah mengenal pasti kira-kira 15,000 pengundi muda di kawasan berkenaan.
"Pelbagai aktiviti kita rancang sepanjang tempoh berkempen berkenaan antaranya program-program mendekati pengundi muda," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Wheel's For All anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) di sini Ahad.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pihaknya mempunyai strategi tersendiri untuk mendekati golongan muda di kawasan DUN Kajang.
PRK DUN Kajang dijadual 23 Mac manakala penamaan calon 11 Mac.
Bagi PRK DUN Kajang, BN bakal menurunkan calon MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang merupakan Naib Presiden MCA dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat manakala pakatan pembangkang menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
DUN Kajang mempunyai 39,378 pemilih berdaftar iaitu 48 peratus pengundi Melayu, pengundi Cina (40 peratus), pengundi India (10 peratus) dan 2 peratus pengundi kaum-kaum lain.
Topic Berkaitan
#Kajang
#Khairy Jamaluddin
#Pemuda UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan