awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN bermula, integrasi ekonomi agenda utama

Luqman Hariz
Luqman Hariz
26/02/2025
01:00 MYT
Pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN bermula, integrasi ekonomi agenda utama
Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) 2025 bermula hari ini, dengan tumpuan terarah kepada strategi pertubuhan itu untuk mengukuhkan integrasi ekonominya. - Gambar Bernama
DESARU: Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) 2025 bermula hari ini, dengan tumpuan terarah kepada strategi pertubuhan itu untuk mengukuhkan integrasi ekonominya.
Perbincangan turut dijangka dilatari dengan ketidaktentuan geopolitik semasa serta strategi ASEAN untuk menampan impaknya kepada pertumbuhan ekonomi serantau.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Malaysia menetapkan empat matlamat utama ekonomi (PED) bagi AEM tahun ini, yang berlandaskan kepada empat tunjang strategik.
“Pertama ialah meningkatkan perdagangan dan pelaburan, kedua ialah mewujudkan landasan yang inklusif dan mampan, ketiga ialah menggalakkan integrasi dan ketersambungan ekonomi, dan keempat ialah membina ASEAN yang berdaya tahan secara digital,” katanya.
Menurut beliau, negara anggota juga akan membincangkan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030 serta beberapa perjanjian penting untuk mengukuhkan integrasi ekonomi serantau.
Ini termasuk Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA).
“Negara-negara anggota ASEAN dijangka merekodkan aktiviti perdagangan yang lebih baik dengan DEFA dan ATIGA.
“Bagaimanapun, kita perlu menilai semula industri perkhidmatan (dalam perjanjian ini), kerana banyak negara masih melindungi sektor ini,” katanya.
AEM dimulakan dengan Mesyuarat Pegawai Ekonomi Peringkat Tertinggi (AEOM) pada 26 dan 27 Februari, disusuli dengan sesi pemukiman menteri pada 28 Februari ini.
Topic Berkaitan
#ASEAN 2025
#menteri ekonomi asean
#PED
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan