KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan memperincikan mekanisma pelaksanaan pembiayaan mikrokredit.
"Usahawan dalam bidang bukan perlu ini menghadapi cabaran yang getir kerana perniagaan mereka ini adalah yang terawal ditutup dan yang terakhir dibenarkan beroperasi susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 mulai tahun lepas sehinggalah penguatkuasaan sekatan pergerakan pada masa ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Katanya MEDAC berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan sejumlah RM100 juta kepada TEKUN bagi membantu perusahaan mikro dalam memulihkan perniagaan mereka selain turut menghargai keprihatinan kerajaan dalam menyediakan peruntukan berjumlah RM20 juta bagi membantu memulihkan sektor koperasi.
"Selain itu, inisiatif bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0, lanjutan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0, kemudahan moratorium dan lanjutan diskaun bil elektrik juga akan dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh usahawan," katanya.
MEDAC komited dan bersedia dalam memastikan pelaksanaan inisiatif yang diumumkan sampai kepada semua golongan usahawan yang terkesan.
Dalam kenyataan berasingan, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA) memuji bahawa keputusan untuk membenarkan moratorium pinjaman enam bulan kepada semua individu dan perusahaan mikro adalah tepat.
BACA: Nilai keseluruhan PEMULIH RM150 bilion, suntikan fiskal RM10 bilion - PM Muhyiddin
Pengerusi Dasar dan Hubungan Kerajaan Datuk William Ng bagaimanapun, merayu kepada kerajaan supaya memanjangkan moratorium itu secara automatik kepada semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan bukan sekali lagi menyerahkan keputusan kepada pihak bank untuk meluluskan permohonan moratorium secara kes mengikut kes.
"Kebanyakan PKS mengalami masalah mendapatkan moratorium kerana pihak bank menyenaraihitamkan mana-mana peminjam yang tercicir bayaran.
"Ini mengakibatkan banyak permohonan PKS ditolak, bahkan sebelum permohonan mereka dimasukkan ke dalam sistem," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan memperincikan mekanisma pelaksanaan pembiayaan mikrokredit. - Gambar fail/BERNAMA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Medac bincang, bantu susun semula pembiayaan usahawan terjejas COVID-19
Tan Sri Noh Omar berkata cadangan bagi membantu usahawan untuk bangkit semula turut diutarakan beliau pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
Kerajaan negeri Johor peruntuk RM1.5 juta bantu koperasi kecil dan mikro
Ia susulan perkembangan dan pencapaian koperasi di negeri itu yang kekal relevan dan terus mendapat kepercayaan kerajaan negeri.
Medac agih geran RM50 juta bantu usahawan terkesan banjir
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) melalui Tekun Nasional telah mula mengagihkan geran berjumlah RM50 juta bagi membantu usahawan informal dan mikro yang terjejas akibat banjir.
Peruntukan kepada PKMS tidak bererti jika berhadapan birokrasi - Gapan
Peruntukan kepada sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS) seperti yang diumum di dalam Bajet 2022 tidak membawa erti jika penyaluran bantuan tersebut lambat dan berhadapan birokrasi.
CBP bakal perkenal produk baharu perbankan runcit - Noh Omar
RM700 juta diperuntukkan bagi pembiayaan koperasi dan produk pembiayaan bagi sektor koperasi untuk meningkatkan portfolio kepada 30 peratus.
MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025
MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025 | Dagang News
Usahawan, koperasi terkesan akibat pandemik disasar carum Perkeso - Noh Omar
Lebih 190,000 usahawan dan koperasi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 disasar untuk mendaftar dan mencarum dengan Perkeso.
Usahawan perlu pinjam daripada TEKUN Nasional, bukan along - Wan Junaidi
Beliau bimbang ramai usahawan dilaporkan mencari peminjam wang haram dan bukannya agensi kerajaan yang dilantik bagi mengekalkan perniagaan.
Kerajaan komited bantu ekonomi gerakkan koperasi - Mas Ermieyati
Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menunjukkan tindak balas responsif dalam menjamin kelangsungan ekonomi sektor koperasi khasnya dan negara amnya.
PKP: SKM terima 493 permohonan kebenaran beroperasi
Kata Ibrahim, SKM melalui Medac mendapatkan kelulusan daripada KKM dan MKN untuk membenarkan koperasi bersesuaian menjalankan aktiviti ekonomi semasa PKP.