awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penagih dadah bunuh ibu kandung di Ampang

Bernama
Bernama
04/10/2016
04:09 MYT
Penagih dadah bunuh ibu kandung di Ampang
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata suspek tiba di balai polis, dipercayai untuk menyerah diri, namun dia yang berada dalam keadaan tidak terkawal telah bergelut dengan anggota polis. - Gambar fail
Seorang lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah mengamuk dan membunuh ibu kandungnya dalam kejadian di kediaman mereka di Kondominium Jade, Bukit Indah, Ampang di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu, suspek, 23, telah membunuh ibunya yang berusia 49 tahun.
Hamzah berkata selepas suspek membunuh ibunya, dia pergi ke Balai Polis Komuniti Bukit Indah, terletak kira-kira satu kilometer dari kondominium itu, sambil memegang parang yang digunakan untuk menetak ibunya.
"Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, tiba di balai berkenaan dipercayai untuk menyerah diri namun dia yang berada dalam keadaan tidak terkawal telah bergelut dengan anggota polis.
"Namun polis berjaya mengawal suspek dan pada masa itu polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden bunuh berkenaan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Hamzah berkata hasil saringan ujian air kencing ke atas suspek yang merupakan seorang penganggur mendapati suspek positif ganja. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ACP Hamzah Alias
#Ampang
#amuk
#bunuh ibu kandung
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan