awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penamaan calon PRK Nenggiri: Polis tutup tiga jalan utama esok

Bernama
Bernama
02/08/2024
02:10 MYT
Penamaan calon PRK Nenggiri: Polis tutup tiga jalan utama esok
Muhamad Zaki berkata penutupan jalan bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari. - Foto fail/BERNAMA
GUA MUSANG: Tiga jalan utama di daerah ini akan ditutup sementara bagi melancarkan proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, di sini, esok.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata penutupan jalan bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari itu melibatkan Jalan Persiaran Raya bermula dari lampu isyarat Persimpangan Mahkota sehingga lampu isyarat Persimpangan Bendahara dari arah Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
Beliau berkata pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan sebaik mungkin dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak sebarang kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan yang ditutup.
"Polis juga memohon kerjasama semua pihak agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pegawai polis bertugas bagi memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang proses penamaan calon," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Zaki berkata seramai 579 pegawai dan anggota polis dari seluruh Kontinjen Kelantan akan digerakkan bagi memastikan proses penamaan calon PRK DUN Nenggiri berjalan lancar.
Sementara itu, mengenai penugasan anggota dan pegawai pada hari mengundi 17 Ogos ini, beliau berkata seramai 995 pegawai dan anggota polis akan digerakkan bagi memastikan ketenteraman awam di daerah Gua Musang, terkawal.
"Polis mengingatkan semua calon yang bertanding untuk mematuhi segala undang-undang dan tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh mengganggu kelancaran proses pada hari penamaan calon.
"Calon dan wakil calon dikehendaki mengawal emosi penyokong serta tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap penyokong parti lain. Perarakan atau konvoi kenderaan untuk mempamerkan kehebatan parti juga tidak dibenarkan," katanya menambah penerbangan dron tanpa kelulusan juga dilarang sepanjang tempoh PRK DUN Nenggiri berlangsung.
Menurutnya, ini merangkumi lokasi tumpuan ramai seperti pusat penamaan calon, pusat mengundi serta premis yang terbabit dalam proses pilihan raya.
"Semua aktiviti pengendalian dron di negara ini adalah tertakluk mengikut Seksyen 4, Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98 dan Peraturan 104-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Arahan Penerbangan Awam," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Nenggiri di sini
Topic Berkaitan
#PRK Nenggiri
#penamaan calon
#tutup jalan
#Muhamad Zaki Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan