MALAYSIA
Penamatan khidmat imam di Perlis tidak libatkan kerajaan pusat - Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata buat masa ini kerajaan pusat tidak akan campur tangan dan menghormati keputusan yang diambil. - Gambar fail/SINAR HARIAN
Keputusan menamatkan perkhidmatan 25 imam masjid di Perlis dan menukar 10 lagi ke khariah lain pada Khamis tidak melibatkan kerajaan pusat kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata buat masa ini kerajaan pusat tidak akan campur tangan dan menghormati keputusan yang diambil.
Pada Khamis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPS) dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan 25 imam masjid berkuat kuasa 1 Jan.
Keputusan itu dibuat melalui mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) pada 6 Dis lalu dan dimaklumkan melalui surat bertarikh 31 Dis tahun lepas.
"Saya percaya dengan kebijaksanaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk menyelesaikan isu berkenaan memandangkan segala prosedur penyambungan kontrak jawatankuasa khariah masjid dan lantikan adalah di bawah kelulusan MAIPS," kata Mujahid kepada Bernama News Channel selepas menjadi tetamu dalam rancangan 'Ruang Bicara' terbitan stesen itu malam tadi.
Bagaimanapun, katanya, pengharaman tersebut tidak digazetkan dalam undang-undang di negara ini.
Justeru, katanya, untuk mengaitkan pemberian zakat kepada mana-mana lapan golongan yang layak, yang juga termasuk kalangan perokok, adalah tidak wajar sama sekali.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami