KUALA LUMPUR:Syarikat pemaju Melaka Gateway, KAJ Development (KAJD) Sdn Bhd berharap dapat mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri berhubung penamatan perjanjian projek tambak laut, yang dipercayai bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 45,000 orang.
Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KAJ Development (KAJD) Sdn Bhd, Datuk Michelle Ong memberitahu, lebih 40 peratus daripada kerja-kerja pembangunan yang menelan perbelanjaan hampir RM700 juta itu setakat ini siap.
"Saya benar-benar terkejut apabila menerima surat penamatan kontrak itu tanpa sebarang alasan dan notis terlebih dahulu.
"Tindakan kerajaan negeri Melaka menghentikan perjanjian ini adalah tidak sah, tidak adil, tidak masuk akal dan tidak berperlembagaan," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Sabtu.
Pada 16 November lalu, Pejabat Ketua Menteri Melaka menerusi satu kenyataan dilaporkan telah memaklumkan mengenai penamatan penambakan laut bersama KAJ berkuat kuasa 3 Oktober lalu.
Kenyataan itu memberitahu, perjanjian yang bermula sejak 4 Oktober 2017 itu ditamatkan berikutan syarikat berkenaan didapati gagal menyiapkan projek mengikut tempoh ditetapkan.
Ditanya mengenai surat bertarikh, 12 Oktober yang dihantar oleh kerajaan negeri untuk mengemukakan penjelasan mengenai kelewatan projek itu, Michelle Ong menjelaskan, pihaknya telah membalas surat tersebut empat hari kemudian, namun dinafikan oleh kerajaan negeri.
"Pihak kami diberikan notis pada Isnin lalu dan mereka mengarahkan kami untuk mengosongkan tapak projek dalam masa 14 hari.
“Kami cuba untuk membuat temu janji untuk mengadakan perbincangan tapi gagal. Tiada sebarang perbincangan antara kerajaan negeri dengan pihak kami. Namun kami ada memohon untuk mengadakan pertemuan tapi tiada respon," katanya.
Sebaliknya, beliau berkata, pihaknya juga ada memohon untuk pelanjutan tempoh evaluasi namun turut gagal.
"Banyak pelabur asing telah melabur dalam projek ini," jelasnya.
Dalam pada itu, Michelle Ong menegaskan pihaknya juga sedia berdepan sebarang tindakan undang-undang daripada Kerajaan Negeri berhubung penamatan projek ini.
Projek yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari 2014 lalu melibatkan kos hampir RM43 bilion.
Projek itu disifatkan dapat membantu sasaran kerajaan menerima kunjungan 36 juta pelancong menjelang 2020.
Projek itu merangkumi 12 presint antaranya pusat hiburan, pusat fesyen antarabangsa, penempatan dan aktiviti kapal layar taman bersejarah, taman kebudayaan dan resort pelancongan.
Umavathi Ramayah
Sat Nov 21 2020

Michelle Ong memberitahu, lebih 40 peratus daripada kerja-kerja pembangunan yang menelan perbelanjaan hampir RM700 juta itu setakat ini siap. - Gambar KAJD
![[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa agong - Perdana Menteri [TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa agong - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976239/20519348851656738667031_640x360.jpg)
[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa agong - Perdana Menteri
Tindakan segelintir pihak yang mendesak agar pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia ditarik balik seolah-olah mempersoalkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah diluluskan Kabinet dan mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

UMNO | Tiada dua kem, hanya satu kem - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan wujud dua kem dalam UMNO. Sebaliknya, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri itu menegaskan parti keramat Melayu itu hanya dipimpin oleh satu kem.

Polis dalam proses siapkan fotofit suspek cuba culik anak Lufya
Identiti suspek bagaimanapun masih dalam siasatan.

Emilia Hanafi kongsi pengalaman perit dalam penjara
Biar pun berdepan pelbagai cabaran, Emilia meluahkan rasa tenang hati kerana dapat menggunakan sebaik-baik waktu untuk dirinya.

Politik | Pas Tumpat masih gagal adakan pemilihan semula
Pas kawasan Tumpat masih lagi digantung selepas terdapat laporan berlakunya isu teknikal, termasuk bukan ahli yang mengundi pada sesi pemilihan ahli jawatankuasa pada Oktober lalu. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka dikehendaki mengadakan semula pemilihan seperti yang diputuskan oleh jawatankuasa siasatan.

Bantah Barang Naik | 10 pemimpin PH dipanggil beri keterangan
10 pimpinan Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk siasatan polis pada Isnin ini berikutan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat. Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.

Isu PRU: Asyraf Wajdi hanya fikir periuk nasi sendiri
Ahli Parlimen Lembah Pantai gesa Ketua Pemuda UMNO sensitif isu semasa negara.

Setinggan | 54 penempatan di bandar raya di Johor ditempat semula
Johor dalam perancangan penempatan semula 54 perkampungan setinggan di bandar raya itu membabitkan lebih 50,000 penduduk. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata usaha itu melibatkan tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta Pejabat Tanah dan Galian.

AWANI Ringkas: Harga binaan mahal

Kepentingan Pekerja | GLC, GLIC perlu lantik wakil MTUC dalam Lembaga Pengarah
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu melantik wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai ahli lembaga pengarah dalam usaha menambah nilai kepada ketelusan. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob langkah tersebut bertujuan membolehkan suara pekerja diambil kira dalam semua keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah.

Penamatan projek tambakan laut: Pemaju Melaka Gateway harap dapat bincang dengan kerajaan negeri
Syarikat pemaju Melaka Gateway, KAJ Development (KAJD) Sdn Bhd berharap dapat mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri berhubung penamatan perjanjian projek tambak laut