awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL pastikan tiada ‘middleman’ ambil kesempatan tapak bazar Ramadan - Hannah Yeoh
Tehran sedia untuk perjanjian nuklear adil, saksama, kata diplomat kanan Iran
Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, dipantau rapi - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penangguhan kenaikan levi "suatu kelegaan" bagi majikan, pekerja - Duta Filipina

Bernama
Bernama
13/02/2016
00:15 MYT
Penangguhan kenaikan levi "suatu kelegaan" bagi majikan, pekerja - Duta Filipina
J. Eduardo Malaya berkata keputusan itu juga memberi peluang untuk melakukan kajian menyeluruh terhadap sistem levi.
Penangguhan kenaikan levi bagi pekerja asing merupakan suatu "kelegaan" bagi majikan dan pekerja "dalam menghadapi kesulitan ekonomi ketika ini", kata Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya.
Beliau berkata keputusan itu juga memberi peluang untuk melakukan kajian menyeluruh terhadap sistem levi.
Pada Khamis, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelaksanaan kadar levi baharu itu, yang dijadualkan berkuatkuasa mulai 1 Feb, ditangguhkan sehingga satu mesyuarat diadakan antara Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dengan peserta industri.
Malaya berkata Pejabat Buruh Seberang Laut Filipina melaporkan semakin kurang menerima kontrak pekerjaan untuk mendapatkan pengesahannya "berikutan perkembangan baru-baru ini".
Katanya, Filipina mempunyai kira-kira 10,000 pekerja dalam sektor yang terlibat, termasuk pembuatan, perkhidmatan, pembinaaan dan perladangan.
Keputusan untuk memperkenalkan kadar levi baharu dibuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Jan lepas.
Topic Berkaitan
#Dr Ahmad Zahid Hamidi
#J. Eduardo Malaya
#pembantu rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan