KUALA LUMPUR: Penetapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung penangguhan pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO boleh dilihat sebagai satu cara untuk menekan UMNO.
Jelas Penganalisis Politik UiTM Mujibu Abd Muis, taktik ini sudah biasa dipertontonkan barangkali bagi merencatkan perjalanan parti itu dan memberi kelebihan kepada parti lawan.
Jelas Mujibu, penangguhan pemilihan MKT UMNO pernah berlaku sebelum ini tidak pula menjadi isu walaupun jelas melanggar syarat RoS.
“Apa yang berlaku kepada UMNO mungkin boleh dilihat sebagai satu cara untuk menekan UMNO, kita pernah melihat beberapa parti politik dilakukan sedemikian misalnya PEJUANG yang tidak diberikan pendaftaran sebelum Pilihan Raya Kecil di Slim, begitu juga BERSATU sebelum Pilihan Raya Umum 2018.
“Taktik-taktik ini sudah biasa dipertontonkan untuk menekan parti-parti politik yang boleh merencatkan dan membantutkan parti itu dan memberi kelebihan kepada parti lawan,” katanya,
Tambah Mujibu, penangguhan pemilihan MKT UMNO pernah berlaku sebelum ini, dan ia tidak pula menjadi isu walaupun jelas melanggar syarat RoS.
“Kalau kita lihat amalan politik dalam UMNO sendiri, bukan sesuatu yang baharu dalam politik Malaysia, bagaimana parti-parti politik menangguhkan pemilihan dan RoS tidak ambil tindakan,
BACA: Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
“Apabila ini timbul di dalam suasana sebegini maka orang ramai boleh membaca ini dilakukan bagi menekan dan mengugut UMNO, agar UMNO fokus kepada hal ini dan tidak memberikan penekanan kepada Perikatan Nasional,” jelasnya.
Sebelum ini, MKT UMNO mengumumkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan bermula pada 7 Julai lalu.
Bagaimanapun, pada Jumaat, Ketua Pengarah RoS Jasri kasim menjelaskan penangguhan itu tidak sah kerana tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
Azyyati Ahmad
Sat Aug 07 2021
Jelas Mujibu, taktik ini sudah biasa dipertontonkan barangkali bagi merencatkan perjalanan parti itu dan memberi kelebihan kepada parti lawan.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Jawatankuasa Penaja tidak selesaikan permohonan pendaftaran Pejuang sepenuhnya - JPPM
Semakan rekod sehingga 29 Oktober mendapati, permohonan Pejuang belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan Sistem eROSES.
MyPPP akan kemuka rayuan - Kayveas
MyPPP yang berdepan pembatalan pendaftaran parti oleh RoS akan mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri.
Selesaikah kemelut MIC selepas pemilihan parti?
Akhbar-akhbar Tamil yang menyiarkan berita mengenai pemilihan MIC kali ini didapati kurang menarik perhatian kaum India malah tidak mencetuskan keghairahan dikalangan masyarakat India.
MIC mampu keluar daripada kekusutan kemelut politik - Periasamy
Huru-hara yang tercetus di luar Ibu Pejabat MIC sebaik sahaja pintu pagar ibu pejabat MIC ditutup bagi menguruskan pencalonan Presiden MIC baharu baru-baru ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
Palanivel dakwa surat RoS dipetik di luar konteks
Datuk Seri G. Palanivel tetap bertegas bahawa beliau masih Presiden MIC, dan berkata surat Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menyatakan beliau bukan lagi anggota parti telah dipetik di luar konteks.
"Tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan Palanivel"- Saravanan
Datuk Seri G.Palanivel perlu akur dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan berhenti daripada terus mencetuskan kekeliruan dalam parti.
Pemilihan MIC peringkat cawangan bermula bulan depan - Subramaniam
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata parti itu akan memberi tumpuan terhadap pemilihan semula, seperti yang dicadangkan oleh RoS.
PDRM dan universiti jalin kerjasama bendung penglibatan penuntut dalam IS - Ahmad Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PDRM bekerjasama dengan pihak pengurusan universiti awam dan swasta melakukan pemantauan bagi membendung penuntut menyertai IS.
Dr Subramaniam nafi mesej Whatsapp berhubung debat krisis MIC
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini menafikan mesej tersebar melalui aplikasi sosial WhatsApp bahawa beliau akan berdebat dengan Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel.
MIC lwn RoS: Jumaat ini mahkamah putuskan permohonan kebenaran
Sekiranya mahkamah membenarkan bantahan itu, ia tidak akan mendengar dua permohonan bagi kebenaran itu.