awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penarik kereta ditahan ugut isteri, tampar, tumbuk muka anak

Sinar Harian
Sinar Harian
02/07/2023
08:48 MYT
Penarik kereta ditahan ugut isteri, tampar, tumbuk muka anak
Sepasukan anggota polis telah menahan suspek di sebuah premis di Kampung Ampang Indah di sini, pada 6.45 petang, Jumaat. - Gambar hiasan
AMPANG: Seorang pekerja penunda kenderaan ditahan kerana disyaki memukul dua anak dan mengugut isterinya di sebuah rumah di Taman Cheras Indah di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada seorang suri rumah berusia 37 tahun, pada Rabu lalu.
"Mangsa mendakwa berselisih faham dengan suaminya semasa berada di rumah pada jam 11.45 pagi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Azam berkata, wanita itu meminta pasport miliknya dan anak mereka daripada suami selain bertanya kasut milik siapa yang berada di pejabat suaminya itu.
"Lelaki itu berang lalu terus menumbuk muka anak perempuan berusia 11 tahun sebanyak dua kali.
"Sebelum kejadian itu, suaminya didakwa pernah menampar muka anak lelaki berusia tiga tahun sehingga meninggalkan kesan lebam, malah pengadu turut diugut kerana mahu membuat laporan polis," katanya.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis telah menahan suspek di sebuah premis di Kampung Ampang Indah di sini, pada 6.45 petang, Jumaat.
"Semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan negatif ujian saringan air kencing," katanya.
Mohd Azam berkata, dua anak mangsa kini menerima rawatan di Hospital Ampang dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati anak perempuan mengalami kecederaan lebam di pipi kiri manakala anak lelaki mengalami kecederaan pada mata.
"Suspek direman tujuh hari bermula semalam (Sabtu) sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pukul isteri
#tumbuk muka anak
#Penarik Kereta
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan