KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, yang didakwa diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakim Suzana Hussin memutuskan demikian, selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik ketiga-ketiga pertuduhan terhadap Mohd Hafarizam, selepas beliau bersetuju untuk kesemua kesnya dikompaun.
"Berdasarkan permohonan dari timbalan pendakwa raya dan kompaun yang telah dijelaskan dalam kes ini, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada ketiga-tiga pertuduhan. Wang jaminan (RM200,000) dipulangkan," kata Suzana.
Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mohd Hafarizam memaklumkan, bahawa kompaun yang ditawarkan pihak pendakwaan telah dijelaskan dan memohon supaya anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan.
"Berdasarkan kepada prinsip bahawa kompaun tidak boleh 'stand together' dengan pertuduhan, ini bermakna kesalahan yang dilakukan telah diselesaikan secara kompaun. Apabila kompaun telah dijelaskan pertuduhan baharu tidak boleh dikenakan, oleh itu saya mohon mahkamah supaya anak guam saya dilepaskan dan dibebaskan," katanya.
Ishak tidak membantah permohonan peguam itu. Hari ini kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes.
Sebelum ini mahkamah menetapkan 12 Ogos depan untuk perbicaraan kes berkenaan.
Sementara itu, Hasnal Rezua ketika ditemui pemberita berkata kompaun berjumlah RM590,587.26 telah dijelaskan anak guamnya semalam.
Mohd Hafarizam, 49, pula berkata beliau berterima kasih kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, yang telah bersetuju untuk menarik balik pertuduhan terhadapnya dan mahkamah yang telah melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan itu.
"Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana pada akhirnya saya dapat meneruskan hidup saya sebagai 'free man'. Pertuduhan ini memberi kesan amat besar ke atas kehidupan, keluarga dan profesion saya," katanya.
Peguam itu yang mewakili Najib dalam beberapa kes saman sivilnya, didakwa melakukan perbuatan tersebut di CIMB Bank Berhad, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail di sini, pada 17 April 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Mohd Hafarizam didakwa menerima wang berjumlah RM4 juta dan RM3.5 juta, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib bertarikh 7 Nov 2014 dan 21 Jan 2015, yang dimasukkan ke dalam akaun firma guaman sama.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu antara 12 Nov 2014 dan 12 Feb 2015 di tempat sama, mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada 3 Ogos tahun lepas, Mohd Hafarizam dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, namun pada hari yang sama dia didakwa semula atas tiga pertuduhan itu membabitkan nilai sama. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 30 2021
Mohd Hafarizam (tengah) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, yang didakwa diterima daripada bekas Perdana Menteri, Najib Razak. - Gambar BERNAMA
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Penasihat Undang-Undang UMNO bebas tuduhan pengubahan wang haram RM15 juta
Datuk Mohd Hafarizam Harun dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta.