KUALA LUMPUR:Penat dan bosan!
Demikian yang terpaksa dihadapi oleh penduduk di Lembah Klang dan Selangor selepas masalah air seolah-olah menjadi ‘festival’ wajib bagi mereka, hampir setiap bulan.
Keadaan bertambah perit ketika mana rakyat perlu berdepan dengan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di dua negeri berkenaan.
Tinjauan Astro AWANI di beberapa kawasan yang terjejas akibat masalah air tidak berjadual mendapati rata-rata penduduk hanya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera.
Kalau ikutkan hati - rasa marah mereka seperti sudah tidak tahu ingin diluahkan kepada siapa lagi.
“Nak marah pun macam tiada tujuan sebab kita memang tak puas hati (masalah gangguan air).
“Tetapi tak boleh buat apa kan cuma boleh harap kerajaan buat kerja dengan baik,” demikian luah peniaga, Ahmad Daniel Ameeru Maznor, 23.
Jelas Ahmad Daniel, masalah gangguan bekalan air sedikit sebanyak menjejaskan pendapatannya sebagai peniaga kecil.
“Masalah air seperti kerap sangat berlaku rasa macam hampir setiap bulan.
“Jadi, bila kami yang berniaga pun susah juga sebab pakai air, dan apabila tiada kena ambil air dekat luar,” katanya lagi.
Sementara itu, penduduk Seksyen 18, Shah Alam, Meor Mohd Azhar Meor Hasan, 42, berkata banyak aduan telah dibuat berhubung situasi tersebut, namun masalah air yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu masih belum dapat diselesaikan.
“Jadi sepanjang saya dekat sini kita memang kerap sangat berlaku bekalan air terputus.
“Kami di sini bukannya golongan berada, jadi keluhan-keluhan yang kami terima (daripada penduduk) terlalu banyak.
“Jadi, saya harap sangat Air Selangor (Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd) dapat menyelesaikan isu ini dengan segera. Kalau kita ada masalah air, hantar lori tangki air," katanya.
Walaupun berdepan dengan masalah tersebut, tinjauan Astro AWANI mendapati kepatuhan penduduk terhadap pelaksanaan PKPB berada pada tahap yang baik.
Ia dapat dilihat apabila kru Astro AWANI ke beberapa kawasan perumahan termasuk di AU3 Taman Keramat, Gombak dan Seksyen, 6, 17, 18, Shah Alam mendapati tiada penduduk yang beratur menunggu tangki lori air, berbanding situasi sebelum ini.
Bagi suri rumah, Norsham Shamsudin, 51, pula, walaupun notis awal telah diberikan, ia tetap membebankan isi rumah untuk menyimpan bekalan air setiap kali berlaku masalah tersebut.
"Pihak-pihak berwajib kena ambil serius sebab kami penduduk-penduduk di kawasan flat ada yang memiliki anak kecil dan berkeluarga besar.
"Kalau kami yang tinggal di bawah, mungkin ada tempat untuk menyimpan bekalan air, (tetapi) bagi orang bekerja, ia akan mendatangkan masalah.
"Selain itu, ada penghuni bujang mungkin mereka tiada tempat atau bekas untuk menyimpan air yang banyak," tambahnya.
Mohd Asyraf Md Azizan, 23, pula berpendapat, pihak berkaitan perlu mempertimbangkan untuk memberi ganti rugi kepada pelanggan berikutan orang ramai berdepan pelbagai kesulitan sepanjang gangguan itu.
"Ia wajar... beri pampasan (kepada pelanggan). Pihak berkaitan (perlu) juga beri kemudahan kepada penduduk seperti menyediakan lori-lori tangki di kawasan perumahan," katanya.
Sekurang-kurangnya empat kali masalah gangguan air tidak berjadual berlaku dalam tempoh seminggu kebelakangan ini terutamanya di kawasan Shah Alam dan Kuala Langat.
Awal September lalu, sebuah kilang disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas.
Hasimi Muhamad
Sun Oct 18 2020
Walaupun berdepan dengan masalah air, tinjauan Astro AWANI menunjukkan tahap kepatuhan penduduk terhadap pelaksanaan PKPB berada pada tahap yang baik. - Gambar fail
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.