awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencari emas maut tertimbus dalam anak sungai di Pahang

Sinar Harian
Sinar Harian
15/05/2025
04:45 MYT
Pencari emas maut tertimbus dalam anak sungai di Pahang
Anggota polis membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemui tertimbus dalam anak sungai ketika menjalankan aktiviti mencari emas di Merapoh pada Rabu. (Gambar kecil: Ayub)
KUANTAN: Seorang lelaki maut selepas tertimbus ketika menjalankan aktiviti mencari emas di sebuah anak sungai berhampiran Kampung Berhamah, Merapoh, Lipis, pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki, Ayub Ahmad, 37, maut selepas tertimbus ketika menjalankan aktiviti mencari emas di sebuah anak sungai berhampiran Kampung Berhamah, Merapoh, Lipis.
  • Aktiviti mencari emas dipercayai dijalankan menggunakan jengkaut. Mangsa tertimbus ketika turun ke kawasan yang telah dikorek. Pasukan bomba, polis, dan penduduk kampung berusaha mengeluarkan mangsa.
  • Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.15 malam oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian yang menimpa mangsa, Ayub Ahmad, 37, dilaporkan berlaku sekitar jam 10.04 malam.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterima, aktiviti mencari emas di lokasi berkenaan dipercayai dijalankan menggunakan sebuah jengkaut bagi mengorek dasar anak sungai tersebut.
“Mangsa turun ke kawasan yang telah dikorek dengan memakai saluran udara sebelum tertimbus,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Susulan kejadian, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Koyan digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 55 kilometer dari balai bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Zulfadli berkata, sebelum ketibaan pasukan bomba, pihak polis dan penduduk kampung terlebih dahulu berusaha mengorek kawasan mangsa tertimbus.
“Mayat mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan pada jam 11.15 malam,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pencari emas
#lombong emas
#kes kematian
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan