awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencarian kanak-kanak dikhuatiri lemas diperluas hingga ke Sungai Linggi

Bernama
Bernama
09/05/2021
04:47 MYT
Pencarian kanak-kanak dikhuatiri lemas diperluas hingga ke Sungai Linggi
Anggota JBPM melakukan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas semalam akibat tergelincir ke dalam sebuah longkang di Flat Cempaka, Garden Avenue, Seremban 2, hari ini. --fotoBERNAMA
SEREMBAN: Pencarian kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas akibat tergelincir ke dalam sebuah longkang di Flat Cempaka, Garden Avenue, Seremban 2, dekat sini, semalam diperluas hingga ke Sungai Linggi hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Mohd Asree Abd Hamid berkata pencarian Mohammad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly, 8, yang ditangguh pada pukul 3.30 pagi disambung semula sekitar 7.40 pagi tadi ditumpukan di permukaan serta dasar di sungai dan Kolam Tadahan Air Taman Arowana.
"Kita pecahkan kepada dua pasukan iaitu pasukan pertama buat pencarian dari lokasi awal mangsa terjatuh sehingga ke kolam takungan.
"Pasukan kedua pula dari kolam takungan hingga ke Sungai Linggi yang melibatkan pencarian sehingga sejauh tiga kilometer dari lokasi mangsa terjatuh," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
BACA: Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas sempat ucap selamat tinggal
Beliau berkata kekuatan anggota mencari dan menyelamat pada hari ini melibatkan 30 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba seramai 14 orang.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa bersama abangnya berusia sembilan tahun dan rakan berusia 12 tahun dikatakan sedang bermain sebelum tergelincir ke dalam longkang di flat berkenaan dan dihanyutkan air deras yang ketika itu hujan lebat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#hilang
#lemas
#Sungai Linggi
#Seremban
#bomba
#tergelincir
#longkang
#Sungai
#Kolam Tadahan Air
#Flat Cempaka
#kolam takungan
#pencarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan