KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menghentikan usaha mencari atau siasatan berhubung tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia tidak pernah melupakan tragedi yang berlaku pada 8 Mac 2014 itu dan akan menyambung semula operasi pencarian bagi mengesan lokasi terakhirnya jika terdapat maklumat baharu yang boleh dipercayai.
Katanya, Rabu ini merupakan ulang tahun kesembilan tragedi penerbangan MH370 hilang tanpa jejak yang telah meninggalkan seribu tanda tanya kepada ahli keluarga mangsa mengenai apa yang sebenarnya menimpa pesawat malang itu.
Loke berkata, tiada ucapan atau rasa simpati yang mampu mengubati atau memadam kesedihan serta kesengsaraan ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang kehilangan orang tersayang.
"Rakyat Malaysia akan sentiasa bersama anda dan berkongsi beban kesengsaraan ini. Kami menghormati semua nyawa yang terkorban dan tidak akan pernah melupakan mereka," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Pada 8 Mac 2014, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing namun hilang daripada skrin radar dua jam kemudian.
Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di kawasan berkeluasan berjuta-juta kilometer persegi di selatan Lautan Hindi namun pesawat MH370 atau bangkainya gagal ditemukan. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menghentikan usaha mencari atau siasatan berhubung tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370. - Gambar fail
Pejabat Presiden Indonesia di Nusantara siap 38 peratus
Presiden Indonesia, Joko Widodo memaklumkan pembinaan pejabat presiden di ibu negara baharunya, Nusantara di Pulau Borneo siap 38 peratus.

Selangor juara bina rumah mampu milik - Amirudin
Selangor berjaya membina 40,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun sejak 2018, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Queenstown isytihar darurat tujuh hari
Langkah itu perlu bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan membantu mereka yang terjejas.

Agong berkenan serah kunci Ru'RASA, zahir penghargaan kepada UAE
Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan menyerahkan kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA), yang dibina dengan kerjasama kerajaan UAE kepada lapan penerima di daerah ini.

MCMC gesa pelaporan berita yang bertanggungjawab dan elak kandungan manipulatif
MCMC mendapati, beberapa pelaporan telah dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan.

Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan sederhana, menjejaki sentimen positif di pasaran ekuiti walaupun unit negara maju mengukuh.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen, selindung di sebalik madrasah
Jabatan Imigresen membongkar perbuatan sepasang suami isteri etnik Rohingya yang menjalankan kegiatan memalsukan dokumen untuk pelarian dengan berselindung di sebalik operasi madrasah mengajar al-Quran di Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat.
Air naik mendadak, mangsa tidak sempat selamatkan barangan
Mangsa banjir di daerah Baling menyifatkan paras air naik terlalu mendadak sehingga mereka tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang di dalam rumah.
Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan, hampir dua bilion panggilan dan 581 juta perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia dengan bantuan penyedia perkhidmatan syarikat telekomunikasi (telco) bagi menangani isu penipuan dalam talian.

Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu terbakar
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Jalan Permatang Pauh, di sini, mengalami kebakaran dalam kejadian jam 6 petang tadi.

Tiada permohonan, kelulusan persembahan 'Apology Tour' oleh Jocelyn Chia, Chrissie Mayr
Persembahan tersebut didakwa akan berlangsung pada 26 Ogos depan di ibu negara.

Pembabitan Interpol hanya akan buat saya lebih 'popular' - Jocelyn Chia
Pelawak kontroversi, Jocelyn Chia memberitahu BBC dia tidak berniat mempersendakan tragedi dan mangsa MH370, tetapi cuba mencari jenaka dalam tragedi tersebut.

Lawak hina Malaysia: KJ, Shahril Hamdan 'sekolahkan' Jocelyn Chia
Kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak tersebut.

Jadikan tragedi MH370 bahan lawak tindakan biadab, tidak berperikemanusiaan - Loke
Loke berkata susulan isu yang turut mendapat reaksi negatif oleh pelbagai pihak, beliau juga telah menghantar mesej kepada rakan sejawatannya dari Singapura S. Iswaran.

Jocelyn Chia nyahaktif akaun media sosial, rakyat Singapura sifatkan lawaknya tidak kelakar
Semakan pada akaun IG pelawak di https://www.instagram.com/chiacomedy/ mendorong mesej: "Maaf, halaman ini tidak tersedia.

Lawak melampau: Zambry kecam tindakan Jocelyn Chia
Video itu jelas menggambarkan sikap yang bertentangan dengan nilai ketimuran negara Asia yang terkenal dengan adab dan tatasusila.

9 tahun kehilangan MH370, ini 12 perkara yang perlu anda tahu
Sembilan tahun insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang penuh misteri.

Pencarian MH370 tidak akan dihentikan - Loke
Kerajaan Malaysia tidak pernah melupakan tragedi yang berlaku pada 8 Mac 2014 itu.

Ocean Infinity tawar sambung operasi kesan pesawat MH370
Eksekutif tertinggi Ocean Infinity menyatakan kesediaan mereka untuk meneruskan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang malang berdasarkan perjanjian "tiada penemuan, tiada bayaran".

MH370: Lapan tahun hilang, misteri yang masih menjadi tanda tanya
Setiap tahun, persoalan yang sama dibangkitkan akan status keberadaan, punca kehilangan, nasib 239 penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200 itu.