awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencarian wanita anggun untuk dinobat sebagai Mrs Malaysia World 2023 bermula

Bernama
Bernama
05/06/2023
20:15 MYT
Pencarian wanita anggun untuk dinobat sebagai Mrs Malaysia World 2023 bermula
Datin Harveen Kaur berkata 15 finalis telah dipilih melalui uji bakat peringkat kebangsaan pada 28 Mei lepas. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pencarian kini bermula bagi memilih wanita yang sudah berkahwin namun masih anggun dan menawan untuk dinobat sebagai Mrs Malaysia World 2023.
Pengarah Nasional Mrs Malaysia World merangkap Pengarah Urusan Mrs Malaysia World Sdn Bhd Datin Harveen Kaur berkata 15 finalis telah dipilih melalui uji bakat peringkat kebangsaan pada 28 Mei lepas.
"Sebagai menyokong Bulan Kesedaran Kesihatan Mental (pada Mei), semua peserta yang menghadiri uji bakat memakai seluar hijau mengikut tema tahun ini iaitu Look Around, Look Within," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Pentas final bagi pertandingan ratu cantik itu dijadualkan pada 3 Sept depan.
Harveen Kaur juga berkata 2023 adalah ulang tahun kelima penubuhan Mrs Malaysia World Sdn Bhd.
Syarikat itu diasaskan pada 2018 oleh Datuk Dr Kattayat Mohandas, seorang pakar bius terkemuka yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
Mrs Malaysia World anjuran syarikat itu adalah satu-satunya acara awal rasmi bagi Mrs World iaitu pertandingan ratu cantik bagi wanita sudah berkahwin di dunia yang diasaskan oleh mendiang David Marmel pada 1984.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mrs Malaysia World 2023
#ratu cantik
#pakar bius
#Uji bakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan