awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencarum tanpa lesen memandu terlibat kemalangan layak mohon faedah Perkeso

Bernama
Bernama
21/03/2021
20:11 MYT
Pencarum tanpa lesen memandu terlibat kemalangan layak mohon faedah Perkeso
Perkeso menegaskan bahawa pihaknya tidak menetapkan keperluan lesen memandu sebagai satu syarat ataupun syarat tambahan untuk semua tuntutan faedah di bawah skim-skim Perkeso.
KUALA LUMPUR: Setiap pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mengalami kemalangan semasa bekerja atau kemalangan berkaitan termasuk berpunca daripada pekerjaan, layak menuntut faedah di bawah Skim Bencana pekerjaan berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial 1971.
Perkeso dalam kenyataan pada Ahad menjelaskan dakwaan seorang pakar keselamatan jalan raya bahawa individu yang tidak mempunyai lesen memandu tidak layak menuntut sebarang faedah daripada Perkeso jika terlibat dalam kemalangan jalan raya, adalah tidak tepat dan mengelirukan orang ramai.
"Perkeso menegaskan bahawa pihaknya tidak menetapkan keperluan lesen memandu sebagai satu syarat ataupun syarat tambahan untuk semua tuntutan faedah di bawah skim-skim Perkeso.
"Kesalahan tidak mempunyai lesen sewaktu memandu di jalan raya adalah perkara perlu diselesaikan antara individu terbabit dengan pihak berkuasa berkaitan...dakwaan pakar berkenaan yang disiarkan di sebuah portal berita semalam adalah salah sama sekali," katanya.
Menurut kenyataan itu, antara dokumentasi mandatori yang perlu dikemukakan untuk tuntutan kemalangan di bawah Skim Bencana Pekerjaan adalah Borang 34, laporan polis, sijil cuti sakit dan peta lakar kemalangan.
"Bagi setiap permohonan yang diterima, Perkeso akan menjalankan siasatan dan membuat pengesahan sebelum kelulusan diberi dan pembayaran dibuat," katanya sambil meminta akhbar berkenaan membetulkan kenyataan tersebut dengan segera.
Ia bagi mengelakkan kekeliruan umum yang boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap skim perlindungan sosial dan bantuan-bantuan yang disediakan Perkeso kepada para pencarum dan golongan sasar, menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat kelayakan dan skim bantuan Perkeso, orang ramai boleh merujuk laman web www.perkeso.gov.my atau menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Perkeso di talian 1-300-22-8000 atau e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkeso
#pencarum
#Pertubuhan Keselamatan Sosial
#kemalangan
#Skim Bencana
#lesen memandu
#faedah
#perlindungan
#portal berita
#dokumentasi mandatori
#tuntutan
#kekeliruan
#tanggapan negatif
#syarat kelayakan
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan