awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran bahan kimia: Pemilik syarikat tayar kitar semula mungkin didakwa esok

Bernama
Bernama
13/03/2019
07:23 MYT
Pencemaran bahan kimia: Pemilik syarikat tayar kitar semula mungkin didakwa esok
Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor bersiap sedia untuk pulang selepas sekolah berkenaan diarahkan tutup pada 11 Mac lalu. - Gambar BERNAMA
Pemilik syarikat tayar kitar semula, antara tiga suspek ditahan Isnin lepas, yang dipercayai membuang sisa toksik ke Sungai Kim Kim baru-baru ini, dijangka didakwa di mahkamah pada Khamis. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, kertas siasatan telah pun siap dan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada pagi Rabu untuk mendapatkan penilaian dan pertimbangan untuk mendakwa. "(Dan) kita harap dapat dakwa (suspek) esok di mahkamah. Jika sabit kesalahan, dia akan dipenjara maksimum lima tahun dan juga denda RM500,000 di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," kata beliau kepada pemberita di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini hari ini. Bee Yin juga memberitahu, beliau telah menghubungi Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai kemungkinan mengenakan beberapa tuduhan terhadap suspek memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan hukuman setakat ini tidak mencukupi. "Memandangkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah siap siasatan, kita akan dakwa dahulu tetapi ia tidak dihadkan kepada undang-undang ini sahaja, dia boleh didakwa di atas Kanun Keseksaan dan mungkin akta-akta lain," kata Bee Yin lagi.
Topic Berkaitan
#bahaya gas metana
#Bencana Kim Kim
#Johor Bahru
#kimia
#metana
#pasir gudang toxic
#pencemaran bahan kimia
#pencemaran sungai kim kim
#Pray4PasirGudang
#siasatan
#Sungai Kim Kim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan