awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran bahan kimia: Tindakan lebih berat terhadap dalang - Peguam Negara

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/03/2019
09:42 MYT
Pencemaran bahan kimia: Tindakan lebih berat terhadap dalang - Peguam Negara
Peguam Negara Tommy Thomas dilaporkan telah bersetuju untuk mengenakan hukuman lebih berat kepada dalang penyebab pencemaran sisa kimia berbahaya itu. - Gambar fail
Jabatan Peguam Negara mengesahkan telah menerima kertas siasatan berhubung insiden pembuangan sisa toksik berbahaya di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, hari ini. Dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Peguam Negara, Tommy Thomas bersetuju untuk mengenakan hukuman lebih berat kepada dalang penyebab pencemaran sisa kimia berbahaya itu. “Peguam Negara bersetuju dengan saranan Menteri MESTECC (Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) untuk mengenakan pertuduhan lebih berat dan akan mempertimbangkan mendakwa suspek di bawah Kanun Keseksaan selain dari Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” demikian menurut kenyataan tersebut, hari ini. Dalam perkembangan berasingan, JAS memaklumkan telah menahan tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian pencemaran di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor. Katanya, ketiga-tiga suspek telah selesai disoal siasat dan sample dari kawasan tercemar juga telah diambil untuk tindakan lanjut. “JAS telah pun menggerakkan asetnya dari seluruh negara terutamanya alat pengesan gas dan 100 pegawainya dan lebih banyak aset kerajaan pusat akan tiba untuk membantu kerja-kerja pembersihan kawasan tercemar oleh kontraktor. “Suspek disiasat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukan penjar tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM500,000.
Topic Berkaitan
#Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
#Bencana Kim Kim
#Gas Metana
#gas methane
#Jabatan Alam Sekitar
#Johor Bahru
#Kanun Keseksaan
#MESTECC
#Pasir Gudang
#Peguam Negara
#pencemaran bahan kimia
#Sungai Kim Kim
#suspek
#Tommy Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan